Penyanyi, Ashira Aziz hanya mampu berdoa agar suaminya juga penyanyi, Bad Indigo diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan kesihatan. Ia susulan Bad memaklumkan perlu membuang ibu jari kaki kirinya selepas empat jari kaki sama dibuang sebelum ini akibat penyakit diabetis yang dihidapi. "Saya pun dah tak tahu apa yang saya rasa sekarang. Saya hanya mampu berdoa semoga dia terus diberikan kesembuhan," katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, Harian Metro melaporkan kaki kiri Bad bakal kudung sekali gus cacat kekal dan sudah memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sumber: Harian Metro
|
berusjamban replied at 2-8-2021 06:23 PM
Is that blood on the pillow???
slavehunter replied at 2-8-2021 10:55 PM
Dah 3 orang lelaki saya kenal umur 60-70 bila dah start potong kaki duration hidup dalam 2 tahun mac ...
ADVERTISEMENT