CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek 29 Cucu Tokan Dadah Ditahan

2-8-2021 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4182| Komen: 32

Seorang nenek berusia 64 tahun dan cucu lelakinya antara tiga yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM85,000, minggu lalu.

Warga emas itu dan cucunya berusia 21 tahun ditahan kira-kira pukul 6.45 pagi dalam tangkapan susulan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sebuah rumah di Taman Seri Bayu di sini, Khamis lalu.


Ketua JSJN negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, serbuan pertama dilakukan di kawasan perumahan sama pada pukul 6 pagi dan seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas selepas pihaknya menemukan dadah bernilai RM86,000 di premis tersebut.



“Hasil pemeriksaan di lokasi polis menemukan 18 peket plastik lut sinar disyaki syabu seberat 2.2 kilogram dan enam peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 533 gram berjumlah keseluruhan RM86,000.


“Susulan tangkapan itu, kita memberkas dua lagi suspek dipercayai rakan sindiket yang merupakan seorang wanita warga emas dan cucu lelakinya di kawasan sama kira-kira 45 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan di kawasan tempatan dan boleh menampung kegunaan kira-kira 6,200 penagih.

Zulkiflee berkata, hasil saringan ujian air kencing dilakukan terhadap suspek pertama didapati positif dadah jenis methamphetamin, selain turut mempunyai dua rekod lampau berkait kes jenayah serta dadah.

“Suspek wanita yang mempunyai 12 orang anak dan keseluruhan 29 cucu itu juga mempunyai dua rekod berkaitan dadah manakala cucu ditahan terlibat satu rekod jenayah dan satu dadah.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas barang kemas dan sebuah kereta serta motosikal berjumlah keseluruhan RM24,782.11 yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pengedaran dadah ini,” jelasnya.

Kesemua susupek direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 2-8-2021 05:54 PM
siannya kt nenek tu..rasanya dia tak terlibat..mayb dia tau cucu terlibat..tp dia blh buat apa kan
Quote edayildiz 2-8-2021 05:55 PM
Suspek wanita yang mempunyai 12 orang anak dan keseluruhan 29 cucu itu juga mempunyai dua rekod berkaitan dadah manakala cucu ditahan terlibat satu rekod jenayah dan satu dadah

xjd husnudzon
Quote misuke 2-8-2021 06:18 PM
Nak nega nasi lemak lambat sgt nak boleh g mekah..gitu kata nenek
Quote Armand2018 2-8-2021 06:21 PM
Takpelah makcik. Makcik pun dah umur 64 tahun. Kalau nak jatuh hukum sebat pun dah tak boleh. Duduk jela dalam tu menghabiskan sisa
Sisa hidup
Quote krustykrab 2-8-2021 06:42 PM
Awat nenek tak niaga online mcm forumer cari selalu sajes utk org2 x de koje
Quote bulanbulat 2-8-2021 06:57 PM
Bisnes keluarga ni
Quote lurve82 2-8-2021 06:58 PM
Nenek rugged ni jd tokan..klu nenek dulu2 isap rokok je…
Quote fatinandreanna 2-8-2021 07:55 PM
Armand2018 replied at 2-8-2021 06:21 PM
Takpelah makcik. Makcik pun dah umur 64 tahun. Kalau nak jatuh hukum sebat pun dah tak boleh. Duduk  ...

Wanita xboleh di hukum sebat ikut undang2 sivil.
Quote Ieqa140388 2-8-2021 08:02 PM
Pehhhhh.. gg
Quote nakkomenjugak 2-8-2021 08:18 PM
baru ingat ni mungkin sayang cucu punya pasal, dia cover
sekali baca ada rekod jenayah dengan dadah
terus cam ehhh ke dalam laa ko mokcik
Quote auntyonion 2-8-2021 09:08 PM
Kahkah..ada rekod lampau..jgn buat cte sedih plak sbb pandemik jual dadih {:laugh
Quote Fortiori02 2-8-2021 09:46 PM
Family bisnes ni
Quote syamzana 2-8-2021 09:52 PM
nenek ni mesti ala2 mamabosan, scary gitu.
ramai betui anaknya, cucu pun ramai. hrp sorg tu je la berkecimpung di arena yg sama.
Quote ReginaGeorge 2-8-2021 10:04 PM
Family business nih...
Quote Supersirap 2-8-2021 10:16 PM
Demi mencari rezeki tetapi dengan cara yang salah
Quote Skuau 2-8-2021 10:40 PM
"nenek ada 12 ank,29 cucu..kalo tak meniaga ni...mana la nenek dpt sara keluarga..".-Nenek...
Quote mclaren 2-8-2021 10:47 PM
Macam pernah ada berita sebiji macam ni tahun lepas?
Quote I.K.A888990 2-8-2021 11:29 PM
fuyooo dasyat la nenek
Quote Jemahjemah1988 2-8-2021 11:32 PM
64 tahun pun nak business lagi ke.. Atau kena perangkap dengan cucu

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064689 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top