CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Disuruh Goreng Ikan, Isteri Siram Suami Dengan Minyak Panas

3-8-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2465| Komen: 12

Mataram: Berang disuruh menggoreng ikan, seorang wanita di Nusa Tenggara Barat, Indonesia bertindak menyiram minyak panas ke atas suaminya yang sedang baring.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang, 31 Julai lalu di rumah pasangan berkenaan di perkampungan Dena, Madapangga, Bima, menurut Kompas.

Akibat kejadian, lelaki itu dikenali Anwar, 50, mengalami lecur di muka dan badan serta dirawat di hospital.


Kredit foto: Agensi


Polis sudah menahan wanita terbabit yang berusia 40 tahun susulan laporan dibuat keluarga mangsa.

"Tidak lama selepas laporan itu, sepasukan anggota ke kampung itu untuk menahan suspek. Dia kemudian dibawa ke balai polis Bima untuk tindakan lanjut," kata Ketua Polis Madapangga, Iptu Ruslan.


Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat motif sebenar wanita itu melakukan perbuatan demikian terhadap suaminya.

"Berdasarkan keterangan anak kandung mangsa, ibunya melakukan demikian gara-gara mangsa meminta dia menggoreng ikan.

"Ketika mangsa baring, tiba-tiba suspek datang mencurah minyak goreng panas ke atas suaminya," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Madapangga oleh jirannya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 10:50 AM
Mak aihhhhhhh betul hati kering minik nyaaa
moga cepat sembuh jeleee masss
Quote darkness 3-8-2021 10:59 AM
Jangan2 species laki goyang telur jah kerja..suru bini pun tgh baring
Quote naina 3-8-2021 11:13 AM
Laki India harus nikah sama perempuan Indon. Baru buku bertemu ruas.
Quote edayildiz 3-8-2021 11:23 AM
kesian msti dia provok bini dia time goreng ikan
Quote mama_neko 3-8-2021 11:40 AM
mesti dah lama pendam, jenis nak makan, men order2, pastu banyak komen.. sekali amekla simbahan minyak panas.. hahahaha..
Quote BarbiePink 3-8-2021 11:47 AM
naina replied at 3-8-2021 11:13 AM
Laki India harus nikah sama perempuan Indon. Baru buku bertemu ruas.

Betol
Tp laki india nihh tak taste lak
Gan minah yindon acaner tu

Iols rasa minah yindon nihh
Dh lama hilang sbar
Laki goyang telur kat umah jer kot
Padan muka heols klau betol
Quote twins 3-8-2021 11:54 AM
laaaaaa..... suruh goreng ikan jer punnnn.... bukannya susah... lain la kalau tetiba suruh buat rendang tok ke buat daging dendeng ker...... aduuhhhh...
Quote Supersirap 3-8-2021 11:54 AM
Semoga insiden ini menjadi peringatan buat kira semua
Quote spankee_fili 3-8-2021 12:36 PM
Ganasnya oiiii! Terpercik minyak panas sikit pun jenuh pedih, ni dituangnya atas perut
Quote Artemesiaa 3-8-2021 12:43 PM
Nasib tak sempat garing dibuatnya lecur lepuh je
Quote kaedahnya 3-8-2021 02:11 PM
gila jahanam badan orang
cari bini lain sajala
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 11:06 AM
yg bini pon.. kene rasuk ape tu kak..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047746 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top