CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Lelaki Syok Tunjuk Anu, Kejar Wanita Di Puchong

3-8-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2932| Komen: 23

PETALING JAYA  – Gara-gara menunjukkan kemaluan pada seorang wanita dan mengejarnya, seorang pekerja besi buruk dihukum penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman itu terhadap R.Premkumar, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Julai lalu.


Gambar Hiasan

Mengikut pertuduhan, tertuduh itu didapati mendatangkan kegusaran kepada seorang wanita berusia 30 tahun dengan membuka seluar, menunjukkan kemaluan dan mengejar wanita tersebut.

Kesalahan dilakukan di sebuah jalan di Pusat Bandar Puchong di sini pada pukul 1 tengahari pada 27 Julai lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan kesalahan memgikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana tidak mampu membayar denda.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika mangsa bersama seorang lagi individu sedang berniaga di tepi jalan, didatangi tertuduh dalam keadaan mabuk sambil meminta wang.

Selepas mendapati mangsa tidak mengendahkannya, tertuduh kemudian bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa.

Mangsa yang takut telah melarikan diri namun dikejar tertuduh. Nasib mangsa baik apabila pada masa sama berjaya meminta bantuan daripada dua anggota polis yang ketika itu melakukan rondaan di kawasan tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-8-2021 11:11 AM
Mental jua ke apa?
Quote nakkomenjugak 3-8-2021 11:15 AM
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika mangsa bersama seorang lagi individu sedang berniaga di tepi jalan, didatangi tertuduh dalam keadaan mabuk sambil meminta wang.

Kalau dah mabukkkkkk... haa cipcap laa ko kat dalam jail
Quote darkness 3-8-2021 11:16 AM
Len kali ambik video..biar biral batang kayu tu seluruh malaysia
Quote tikusmontok 3-8-2021 11:16 AM
Kurex replied at 3-8-2021 11:11 AM
Mental jua ke apa?

Mental mmg tak betul bila mabuk
Quote edayildiz 3-8-2021 11:19 AM
tunjuk jer dh cukup scary..pergi kejar pulak..double scary
Quote misc 3-8-2021 11:43 AM
Gila betul siap kena kejar.
Masa aku sekolah menengah dulu selalu tgk wayang free. Masa tu bodoh lagi tak faham flasher tu apa dan kenapa dorang suka tayang2.
Quote printercomel 3-8-2021 11:44 AM
Sangap is real.
Quote isbritneybich 3-8-2021 11:53 AM
baru baca sampai nama pelaku terus dapat diagak puncanya. nah terbukti...todi
Quote angelofish 3-8-2021 01:04 PM
Edited by angelofish at 3-8-2021 01:05 PM

14 hari je. kuarantin ke? pakej makan free 3 × sehari
Quote Artemesiaa 3-8-2021 01:19 PM
14 hari je kejap sangat tu macam kena kuarantin covid je
Quote Carcosa 25-8-2021 02:36 AM
Nasib akak tu baik laaa, ada police tgh ronda. Kalau tak, tah apa si hanjing ni buat. Kalau akak tu meniaga pisang goreng, harus simbah je bebird hitam dis tu, kasi melecur. Baru ada akal
Quote jerukkedondong 25-8-2021 05:11 AM
Ayo appa kadawaley tada sapa tingin pisang itam  lu..citt
Quote sukacactus 25-8-2021 06:19 AM
Ko dah kenapa?
Ingat dah tunjuk burung, pompuan tu impressed n kasi duit, gitu?
Quote acikhan 25-8-2021 07:09 AM
haku pernah 2x kene ngan org sangap sex nie... time study dulu balik ngan member 2 org pukul 2@3 pagi pas siapkan assignment Kat cc otw balik kami hati2 la tp dgr mcm ade org  berjalan sambil jln laju tu sambil tgk belakang n da sampai rumah bukak grill Kat dlm tu, ade mamat lelaki panggil kami n kami tgk die tgh melancap sambil panggil adik oo adik...punyer la cuak n sambil bukak kunci grill gegar2 panggil roommate lain, takut oooiii pastu masuk rumah mamat tu blah kami ngintai Kat tingkap sampai mamat tu x de....

kali kedua g hutan lipur temple park kot Sapa tau Kat rwg tu g ramai2 Naik ke kolam atas n kene lalu hutan2, member lelaki otw nak Naik kami hat perempuan pg dulu dlm 6@7 org cmtu la sambil lalu kami nampak ade org lelaki tua botak2 x pakai baju bogel n kami bg syarat Kat member jln je terus x yah tgk kiri Kanan pastu org tua tu kuar dari semak "adik" sambil pegang bird nyer lintang pukang kami lari, member haku sempat ambik gambo konon nyer nk wat bukti org tua tu masuk dlm semak2 tu...terseremoak ngan budak2 lelaki dorg tanya kenapa kenapa? kami jwb la ade org giler sex laaa..budak laki ckp ooooo biasa la tu, gelak gelak...gilo woooiii sampai skang x boleh lupa bende nie
Quote gideoncross 2-10-2021 12:17 PM
acikhan replied at 25-8-2021 07:09 AM
haku pernah 2x kene ngan org sangap sex nie... time study dulu balik ngan member 2 org pukul 2@3 pag ...

Gila nau flashers ni, iol prnh bca jejantz cmni sbb fetish je. Bgi dorg, dorg dpt satu satisfaction bila trtngok prmpuan mnjrit ktakutan bila dorg tunjukkn "bwah" dorg.
Quote Buritan 2-10-2021 12:20 PM
darkness replied at 3-8-2021 11:16 AM
Len kali ambik video..biar biral batang kayu tu seluruh malaysia

Rasanya tak  biral.. org tak lalu trngok sbb huduh yg amat..aku imagine mesti muka jambsng serabut.. muka berkerak minyak... kalo muke pun dah berminysk.. yg bawah tuu nmpk ke pun mesti hutan tarap amazon..
Quote Decaffeinated 2-10-2021 12:41 PM
angelofish replied at 3-8-2021 01:04 PM
14 hari je. kuarantin ke? pakej makan free 3 × sehari

tu pun patut bersyukur

dah tu tak kan nak bagi 3 bulan


Quote 3chanceno 2-10-2021 01:00 PM
Dah mabuk pun boleh nak tunjuk bebird dia

Dah keluar 'chalet' minum lagik, buat lagik
Quote darkness 3-10-2021 06:56 AM
Buritan replied at 2-10-2021 12:20 PM
Rasanya tak  biral.. org tak lalu trngok sbb huduh yg amat..aku imagine mesti muka jambsng serabut ...

Kannn mesti hitam berkerak bak hutan amazon. Eww

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.086838 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top