Atlet olahraga Shericka Jackson dikritik kerana berjoging ketika menghampiri garisan penamat, sekali gus tersingkir dari acara 200 meter wanita di Sukan Olimpik Tokyo. Jackson sebenarnya boleh melangkah ke separuh akhir di tempat kedua, namun hanya menduduki tempat keempat selepas dipintas dua pencabarnya ketika menuju ke beberapa meter terakhir, lapor Mail Online. Pelari pecut dari Jamaica itu yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter gagal mengikut jejak dua rakan senegaranya dari Jamaica, Elaine Thompson-Herah dan Shelly-Ann Fraser-Pryce, gagal mara ke separuh akhir dalam acara pecut itu. Jika dia melakukannya secara agresif, Jackson pasti mencatatkan masa terbaik. Dalam acara 200 meter itu, beliau cukup bersemangat menyahut cabaran tetapi berakhir dengan prestasi yang tidak memberangsangkan. Tindakannya yang aneh itu membuatkan beliau dikritik hebat sehingga digelar sebagai bintang Jamaica 'bodoh'. Sumber: mStar
|
xpdckelate replied at 3-8-2021 11:30 AM
kena sailang last minit..pedih weyyy
ADVERTISEMENT