|
Nama penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri, 33, pastinya tidak asing dalam industri hiburan tanah air. Apatah lagi, diam tak diam sudah hampir 13 tahun pembabitannya dalam kerjaya seni.
Namun, Dafi mengakui pencapaian diraihnya hingga kini belum lagi sampai di tahap memuaskan. Katanya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan sedia diterokai untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.
"Tapi, saya takkan bertindak terburu-buru kerana yakin semua itu perlu ada perancangan. Apapun, yang pasti saya tak sangka mampu bertahan dalam kerjaya ini lebih sedekad lamanya. "Meskipun pencapaian hanya biasa-biasa, namun alhamdulillah syukur saya dapat bertahan hingga sekarang. Bukan mudah sebenarnya kerana kehadiran bakat baharu makin ramai dan bersilih ganti. "Selain itu, usia saya juga kian meningkat dan matang. Tapi, saya sentiasa percaya pada rezeki. Dalam hidup ini, teruskan berusaha kerana setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh Allah dan seterusnya bersyukur," katanya.
|

September14 replied at 3-8-2021 12:54 PM
Knpa la dia x masuk bidang lain.. Skg pun muka dah mcm toknil
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.131115 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.