CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Yang Sama Berenang- Punya Gigih Nak Rentas Daerah, Kali Ini Guna Rakit Gabus

3-8-2021 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3620| Komen: 24

Seorang lelaki didakwa membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam semalam.


Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.


Kredit foto: Kosmo


Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.


Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

Kosmo! Online, Julai lalu melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun mengambil keputusan nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town untuk ke Seberang Perai bagi bertemu rakannya.

Bahagian tanah besar dan pulau di negeri ini yang merangkumi daerah berbeza dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan perkhidmatan feri penumpang, manakala rentas daerah masih tidak dibenarkan ketika negeri ini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 3-8-2021 12:52 PM
Gigih berinovasi{:run
Quote nakkomenjugak 3-8-2021 01:13 PM
Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

Aihhhhkkkkkkk! Tak serik2! Haa yelaaaa. Kalau tak orang selamatkan ko dulu, laut tuuu laa yang jadik kubur ko tauuu. Mustahak betul nak jumpa kawan tu!
Quote CiliPadiSedap 3-8-2021 01:18 PM
prison break. laki ni wajar jadi tester system security di malaysia. letak kat mana2 kalau leak kena bayar laki ni.

jimat sikit kos dari bayar professional tester
Quote Artemesiaa 3-8-2021 01:28 PM
Gigihnya tak putus usaha walau belum berjaya.  Tapi kejadian ni pasti akan meningkatkan semangatnya untuk terus mencuba lagi.
Quote sambaldurian 3-8-2021 01:34 PM
seriously, penting sgt ke nk rentas daerah tu. klu kerja, guna surat miti.pening pulak tgk gelagat manusia ni.cuba g je balai polis, sy nk sgt g daerah ni sbb ,,,,
Quote mylia 3-8-2021 01:36 PM
Hebat lelaki ni..
Quote naina 3-8-2021 01:40 PM
Pemikiran diluar kotak
Quote mama_neko 3-8-2021 01:47 PM
kesian aku baca kesah budak ni dalam penangkini.. yang depa pun, bawak ja la pi jumpa kawan dia tu, nak sgt jumpa maybe dia perlukan duit ka apa.. jgn terkejut, zaman la ni, banyak org takdak bank account tau.. tua tua pun takdak account ka apa.. ni dpa hantaq balik pulau,satgi dia berenang balik..
Quote jfq 3-8-2021 02:06 PM
Pakai pelikat supaya boleh function ala2 sail ke
Quote cupu 3-8-2021 02:13 PM
Aku syak dia akan cuba utk kali ke3. Mungkin menyelam pula..
Quote edayildiz 3-8-2021 02:19 PM
pjg bethol umo dia ni..bkn kes aritu mat pit ke?
pasni mayb ada kejadian ke 3..tgk dia nk guna apa pulak pasni..kreatif
Quote printercomel 3-8-2021 02:48 PM
bila teman wanita telefon

"baby..datang la rumah i sekarang "
- "kan pkp ni anje"
"tapi parents anje takde kat rumah"

terus capai gabus.
Quote bebba 3-8-2021 02:50 PM
Ada terdesak nak pinjam duit kawan ke?
Quote Skuau 3-8-2021 02:54 PM
napa x sewa bot nelayan...menyamar jd nelayan ke???
Quote kuchenta_81 3-8-2021 02:57 PM
Tak masalahnya pakai kain pelekat lalalala tu kenapa?
Quote kyozsamurai 3-8-2021 03:03 PM
Kita tunggu percubaan ketiga mcm mana plak
Quote AbukRokok 3-8-2021 03:22 PM
bersemangat waja  harus menjadi contoh
lenkali pakai yg besar skit siap pendayung
Quote grouper 3-8-2021 03:31 PM
Nape x buat mlm2...konpom lepas sbb gelap..
Quote Fortiori02 3-8-2021 09:53 PM
X de pasal nak cari pasal

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062752 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top