CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Ada Produksi Yang Nak Ambil Berlakon, Balkisyh Semundur Khan Buat Pasal Ke?

3-8-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5308| Komen: 24

Nama pelakon Balkisyh Semundur Khan mungkin tidak popular seperti nama barisan dramatis lain yang sering menghiasi televisyen.

Keberadaannya dalam industri selama hampir 20 tahun yang ibaratnya tiada tempat di mata karyawan industri pernah memaksa Balkisyh terfikir untuk berundur dan menghilang diri daripada radar seni lakon.


Lewat tahun 2017 lalu, Balkisyh pernah berkongsi kisah hidupnya yang terpaksa membuka gerai menjual nasi ayam apabila tidak mendapat sebarang tawaran berlakon selama tiga tahun.


Foto: IG

Ketika itu dia tiada tawaran lakonan selain daripada membintangi drama Mok Cun arahan pengarah, Erma Fatima.

Selepas sekian lama menyepi, pelakon berusia 34 tahun itu kini kembali dengan buah tangan baharu, iaitu drama berjudul Lockdown juga karya Erma.


Dia gembira kembali beraksi selepas melewati episod duka selama ini.

Lebih membuatkan dia terharu, Lockdown merupakan drama pertama yang ditawarkan kepadanya selepas sekian lama ketandusan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.



“Saya sangat gembira. Ini merupakan drama pertama saya selepas sekian lama tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon.

“Saya gembira dapat jumpa semula rakan-rakan lama yang memang saya rindui. Ketika menjalani penggambaran, saya dapat rasai semula kegembiraan yang pernah saya rasai sebelum ini dalam industri,” jelasnya.

Pada masa sama, Balkisyh tidak dapat menyembunyikan rasa hiba apabila masih diberi peluang untuk menghiburkan orang ramai.



“Mungkin orang lain berfikir perjuangan saya dalam industri sangat kecil. Tetapi bagi saya, bila saya dapat kembali peluang beraksi di hadapan kamera, saya sangat bersyukur.

“Sebab bukan senang untuk saya dapat peluang ini. Saya sendiri berasa teruja dapat kembali berlakon,” katanya.

Ketika diminta untuk menceritakan lebih lanjut apa yang dialaminya sebelum ini, Balkisyh seakan-akan sukar untuk menceritakan keseluruhan apa yang berlaku.

Namun yang pasti, kepayahan yang dialaminya kedengaran sulit sehinggakan gagal menahan air mata semasa temu bual virtual baru-baru ini.



“Sepanjang PKP, saya memang ada pengalaman hidup ngeri yang harus diselesaikan. Saya pun ada kesilapan yang saya buat ketika berada dalam industri sehingga membuatkan orang tidak mahu ambil saya berlakon.

“Ada sebab tertentu (enggan menceritakan). Saya pun tidak faham. Mungkin ada salah faham antara saya dengan pihak produksi. Mungkin pada saya kesalahan yang saya lakukan itu kecil, namun besar bagi orang lain. Saya akuinya,” jelas Balkisyh.

Disebabkan itu, Balkisyh reda jika tidak lagi berada dalam industri dan akan meneruskan kehidupannya dengan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Saya berusaha mencari peluang perniagaan. Jual barang, jual air balang di kaki lima di Singapura demi menyara anak.

“Saya gembira dengan kehidupan saya ketika itu sehinggalah PKP dilaksanakan kerana Covid-19.

“Aliran tunai saya sekali lagi terganggu. Tetapi Allah SWT menukar rezeki saya apabila dapat tawaran untuk berlakon semula menerusi drama Lockdown,” katanya.


Balkisyh ketika ditemui pada sidang media secara dalam talian, Lockdown baru-baru ini berpendapat, kepayahan yang dilaluinya satu tempoh bertenang untuknya.

“Pandemik Covid-19 ini mendidik saya untuk tidak terlalu fikir ikut perasaan. Jangan fikir tentang diri sendiri sahaja.

“Tempoh PKP ini juga sebenarnya banyak membawa saya kembali semula ke pangkal jalan,” ujarnya sambil mengesat air mata.



Akui Balkisyh, keperitan realiti hidupnya dicurahkan dalam karakter Sue yang dibawa dalam drama Lockdown.

“Saya lakonkan watak Sue dengan sepenuh hati. Semua kesedihan yang pernah saya lalui, dicurahkan untuk watak berkenaan,” katanya. -CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 3-8-2021 01:02 PM
Remarried ya. Taktau pula sheol dah kawin
Quote nakkomenjugak 3-8-2021 01:08 PM
bertabah laaa uolsss.
Quote fadz84 3-8-2021 01:12 PM
KIM.K replied at 3-8-2021 01:02 PM
Remarried ya. Taktau pula sheol dah kawin

Haah dh remarried. Igt kes gaduh dia ngn ex laki sampai tendang2 dulu.. hehe
Quote one_aiman 3-8-2021 01:12 PM
suka tengok dia yg skrg..baru la sesuai dgn umur.. cuma lepas ni harap2 kurangkan la bawak watak sengal2 ubi macam atun tu..cuba watak yg serius sikit..aagituu
Quote kualibesi 3-8-2021 01:14 PM
pernah nampak sheoolls p dobi dkt wangsa melawati, slumber pakai baju kelawar je, tp die ni lawa jugak xmakeup. kulit muka elokkkkkk..
Quote JohnyEnglish 3-8-2021 01:22 PM
leh tahan gak dia ni kan
Quote supermum 3-8-2021 02:39 PM
Aik bukan ada ke berlakon? Aritu kan ada berlakon dalam Sabarlah Duhai Hati? Jadi makcik Amyra Rosli. Watak tambahan je lah
Quote KIM.K 3-8-2021 04:26 PM
fadz84 replied at 3-8-2021 01:12 PM
Haah dh remarried. Igt kes gaduh dia ngn ex laki sampai tendang2 dulu.. hehe

Kesian sangat masa tu, tak serupa perempuan. Harap sheol bahagia..nampak sejoly sangat
Quote beatgirlX 3-8-2021 05:02 PM
Orang kata lepas hujan timbunya pelangi...
Harapnya begitu la buat dia dan pada semuaa...
Quote fadz84 3-8-2021 05:12 PM
Dia ni muncul daripada program realiti Audition NTV7 kn..
Quote I.K.A888990 3-8-2021 06:07 PM
tapi dia mmg best berlakon
Quote miss_perfect 3-8-2021 06:12 PM
Dia ni ada kaitan dgn pelakon lama ke... nama Tantiana ke apa ntah
Quote addamnor 3-8-2021 07:22 PM
Dah jumpa ke ayah kandung yang beliau duk cari selama ini?
Quote imanjannah 3-8-2021 07:51 PM
aku suka dia ni berlakon
Quote terpaling 3-8-2021 08:02 PM
muda2 dulu sheols lawa..
Quote heythere123 4-8-2021 04:16 PM
suka la jugak tengok dia ni berlakon
Quote NekNgah 4-8-2021 08:52 PM
Muka cantik, berlakon pandai tapi asyik dapat watak sengal.  
Quote rosmahisham 4-8-2021 09:47 PM
miss_perfect replied at 3-8-2021 06:12 PM
Dia ni ada kaitan dgn pelakon lama ke... nama Tantiana ke apa ntah

Rasanya x de kot..balkis ni org sabah kalau x silap,mgkin ada keturunan Paki/benggali muslim kot..berpandukn nama ayahnye tu.tp dia mmg lawa.
Quote OyenLemas 18-8-2021 08:41 PM
die ni lakonan best sgt.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.114269 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top