CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dulu Saya Bernafas Bunyi Macam Gajah,"-Cat Farish Penat Berat Badan Dipertikai

3-8-2021 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3104| Komen: 14

Selepas menjalani pembedahan bariatrik kira-kira dua tahun lalu, penyanyi dan pelakon Cat Farish berkata dia masih ditanya soalan sama mengenai penurunan berat badannya itu.

Sampaikan Cat berkata dia terpaksa menjelaskan isu ini berulang kali kerana ada segelintir netizen menyangka dia sedang berdepan masalah kesihatan.


Foto: IG
“Sebelum ini banyak dah artikel mengenai pembedahan yang saya lakukan... saya buat pembedahan itu kerana nasihat doktor, sebelum ini saya susah nak bernafas, bunyi macam gajah dan menghidap beberapa penyakit lain.


“Sekarang berat saya 73 kilogram! Soalan-soalan tentang saiz badan ni memang banyak saya terima. Semasa berbadan gemuk atau besar dulu tak pernah pula orang tanya.




“Apabila dah kurus, banyak pula sangkaan orang kononnya saya sedang sakit, tapi Alhamdulillah ada juga orang risau... sejujurnya saya tak larat nak jawab soalan yang sama,” katanya kepada mStar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 01:02 PM
dah boleh jadik kembar namron
Quote ellZack 3-8-2021 02:02 PM
Bagus dah kurus. Tapi macam tak match kurus dengan Cat. Nampak lagi tua. Mungkin kena clean shaved kot. IDK.
Atau mungkin terlalu kurus untuk ketinggian Cat, sebab tu nampak tua?
Macam Man raja lawak pun, nampak out of place kurus dia.
Quote kucingitam 3-8-2021 02:08 PM
nampak sakit
Quote sfrnna 3-8-2021 02:20 PM
pipi tembam dulu bila masa gemok dah hilang tu yang jadi kedut dan nampak tua kot.
Quote ilacantik 3-8-2021 02:24 PM
Kalau kurus kerana potong usus, kena juga exercise kalau tak kulit akan sagging teruk. Bila kulit dah nampak sagging, automatic lah nampak tua. IMHO, kalau betullah acik zulin pun potong usus, dia antara yg berjaya meols rasa. Kurus dan kemas. Banyak jer yg dah buat dan tak berjaya.
Quote Whitepinkrider 4-8-2021 04:22 PM
alhamdulillah dah kurus bang
Quote inspektoremos21 4-8-2021 05:02 PM
memang nampak tua dah cat lepas jadi kurus ni. umur dia sebaya dgn azan (lahir tahun 76) tapi azan iols tengok maintain mcm tu je dari dulu. cat nampak nya kena exercise la kot.
Quote suka2 4-8-2021 05:12 PM
ellZack replied at 3-8-2021 02:02 PM
Bagus dah kurus. Tapi macam tak match kurus dengan Cat. Nampak lagi tua. Mungkin kena clean shaved k ...

Sebab dia mmg ada penyakit. Kencing manis tak terkawal.Tu pun dh buatkan dia nmpk tua. Tambah pulak buat BS kurus mendadak. Lg makin nmpk tua. Mungkin pun jenis tak rajin senam mmg nmpk sakit je la.
Quote umbut 4-8-2021 05:38 PM
Takpalah walau makin nampak tua... Yg penting kesihatan makin baik x kena potong kaki.. Dia ni pun ada diabetes kan
Quote anony-mous 4-8-2021 05:46 PM
ellZack replied at 3-8-2021 02:02 PM
Bagus dah kurus. Tapi macam tak match kurus dengan Cat. Nampak lagi tua. Mungkin kena clean shaved k ...

Mgkin sb terlampau cpt kurus kot
Quote ghalibboy 4-8-2021 05:46 PM
Yg penting badan rasa lebih selesa dan mudah buat aktiviti
Quote None68 4-8-2021 05:54 PM
Sama mcm Hafiz bila kurus nmpk mcm sakit, kenapa ye?
Quote noodle.baby 6-8-2021 04:31 PM
Ramai rupanya retis yg ada diabetis ye
Quote biozipstar 6-8-2021 09:42 PM
baguslah kalau kurus sihat. teruskan gaya hidup sihat

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.034580 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top