CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba, KKM Cuba Pecah Pintu Mak Cik Meninggal Sendirian Di Rumah

3-8-2021 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15549| Komen: 168

Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana seorang mak cik meninggal sendirian di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam.

Berita itu tular selepas seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @capiqzahari memuat naik video petugas awam memecahkan pintu rumah selepas menerima laporan daripada jiran-jiran yang curiga dengan bauan kurang enak dari rumah tersebut.


Semuanya berlaku apabila ibu kepada Ammar Halim tergerak hati untuk naik ke rumah mak cik yang berumur kira-kira 70 tahun itu apabila sudah lama tidak mendengar khabar berita tentangnya.

“Kebetulan, hari Jumaat lepas pihak surau ada memberikan sumbangan kepada asnaf disini. Kawan mak saya ada hantar surat dekat rumah mak cik itu.

"Ketuk-ketuk pintu tak buka pula, jadi mereka selit sahaja surat tersebut pada pintu pagar. Bila barang dah sampai, mak cik tu tak turun-turun untuk ambil sumbangan tu jadi kami naik ke atas untuk hantar terus kepadanya.



"Tapi, bila ketuk pintu masih lagi tidak ada respon dan surat yang diselitkan itu masih ada di pintu pagar. Waktu tu kami tak syak lagi.

“Petang semalam mereka cerita apa yang berlaku kepada mak saya dan ada yang menyarankan agar mak saya pergi melihat keadaan mak cik tersebut.

"Kemudian, mak saya naik ke rumahnya dan ketuk pintu, masih tidak lagi dibukanya. Waktu itu, mak saya tengok di tingkap biliknya, kipas dan lampu semua menyala. Hanya kelihatan kain batik dan telekung di atas katil.

“Lepas tu mak cakap waktu tu memang dah terhidu satu bauan yang kuat dan tidak enak. Ingatkan bau sampah orang tinggal dekat tangga ke atau mak cik tu punya sampah, tapi bila tengok dekat tong sampah di luar rumahnya kosong saja.

"Kawan mak masih lagi cuba untuk mengetuk pintu. Hati mula rasa tak sedap dan mak pun balik rumah beritahu ayah saya.

“Pada mulanya mak memang dah rasa macam mak cik tu dah tak ada tapi ayah cakap betul ke mak tu tau bau mayat.

"Ayah pun naik ke atas dan setelah menghidu bau tersebut, ayah cakap itu memang bau mayat. Kami terus buat laporan pada pengawal keselamatan, namun tindakan mereka agak lambat.

“Ayah saya terus menelefon pengerusi perumahan kami dan mereka pun naik ke rumah mak cik itu dan turut mengesahkan bahawa itu adalah bau mayat.

"Mereka terus menelefon polis dan tidak lama selepas itu, pihak polis, bomba dan beberapa anggota KKM datang ke rumah.

"Operasi memecahkan pintu dilakukan dengan segera dan pada mulanya pihak bomba tidak menjumpai sebarang mayat, tetapi akhirnya barulah mayat mak cik itu dijumpai tertiarap di dalam bilik,” jelas Ammar.

Difahamkan, mak cik itu sudah lama tinggal di situ seorang diri. Khabarnya, dia mempunyai seorang anak angkat yang menetap di Johor.

"Jiran sebelah rumah mak cik tu ada berkata beberapa hari lepas anak angkatnya beritahu call mak tapi tak angkat,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada mak cik itu memang sakit atau mempunyai masalah kesihatan, Ammar turut berkongsi cerita bahawa kali terakhir maknya berjumpa dengan mak cik itu adalah sehari sebelum raya Aidiladha tempoh hari.



“Mak ada cakap sehari sebelum raya jumpa mak cik tu berjalan nak ke kedai beli ubat batuk katanya. Waktu tu memang nampak dia tak larat dan mak serta kawannya memimpin mak cik itu ke pintu lif. Itulah kali terakhir mak jumpa mak cik itu. Rasanya memang mak cik itu tidak sihat.

“Alhamdulillah, lebih kurang pukul 11.40 malam semalam semuanya telah selesai dan mayat mak cik tersebut dibawa ke hospital untuk siasatan forensik,” tambah Ammar lagi.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 2-8-2021 11:09 AM
Edited by Raline at 2-8-2021 11:11 AM

AKU Mmg TGH panas ni! bila rakyat mampos agong x DUKACITA ke? mana pg Adun2 AHLI2 politik????
Quote zidane_ziege 2-8-2021 11:13 AM
Kerajaan PN pembunuh rakyat
Quote thetimes 2-8-2021 11:18 AM
Takziah...sedih baca berita macam ni.
Quote tripleid 2-8-2021 11:19 AM
ingat menteri peduli ke
Quote mejaputih 2-8-2021 11:21 AM
pemimpin2 tak peduli pun... agong, menteri, sultan, adun jwb la ye nnt... korang hidup selesa...
Quote Tinot7 2-8-2021 11:23 AM
Takziah kpd keluarga. Iols pun risau sbb dok sorang2.
Quote akuchenta 2-8-2021 11:25 AM
Kesiannya meninggal sorg2..

Makcik ni umur berapa? Takkan anak, kawan, saudara, jiran tak cari kalau senyap berhari2..
Quote batusembilan 2-8-2021 11:26 AM
knp nk salahkan kerajaan pula? ni jiran2 la x prihatin x ambil tahu.
Quote mxsssgi81 2-8-2021 11:30 AM
Beriye la dulu abahcow bg ucapan, sume nyawa rakyat berharga... puiii ..
Sampai skrg pkp x abis lg till jannah..

Inalillah..utk makcik tu
Quote exclusive_vvip 2-8-2021 11:32 AM
batusembilan replied at 2-8-2021 11:26 AM
knp nk salahkan kerajaan pula? ni jiran2 la x prihatin x ambil tahu.

setuju..I pun pikir gini..yer yer oi je TT ni buat tajuk asal boleh..time2 gini patut lagi senang lah jiran sesama jiran nak jenguk..dah tau makcik tu dok sensorang x reti2 ke nak jenguk2 tanya khabar?
Quote bulalof 2-8-2021 11:37 AM
i couldn't believe in a thousand years how weak and irresponsible the country is facing through now...
Quote cHimo 2-8-2021 11:40 AM
Salahkan kerajaan pun tak guna... Sebab rakyat sendiri pun ramai yang degil tak patuhi SOP. Masa perayaan nak juga balik kampung bila mak ayah kena covid duk salahkan kerajaan.
Quote Raline 2-8-2021 11:44 AM
mejaputih replied at 2-8-2021 11:21 AM
pemimpin2 tak peduli pun... agong, menteri, sultan, adun jwb la ye nnt... korang hidup selesa...



Quote Raline 2-8-2021 11:45 AM
batusembilan replied at 2-8-2021 11:26 AM
knp nk salahkan kerajaan pula? ni jiran2 la x prihatin x ambil tahu.

kepala hotak la......klu jiran x ambil tahu x da la dia bg tw bomba ada mayat dalam tu...
Quote Raline 2-8-2021 11:46 AM
cHimo replied at 2-8-2021 11:40 AM
Salahkan kerajaan pun tak guna... Sebab rakyat sendiri pun ramai yang degil tak patuhi SOP. Masa per ...

mana yg buat salah ttp salah.. mana x x buat salah nk salahkan mcm mana tu? mmg kerajaan la sial kurung rakyat... lain2 sibuk berpolitik makan durian pg france pasti kerja nk mudah je. DUCKACITA
Quote guesswho09 2-8-2021 11:46 AM
cHimo replied at 2-8-2021 11:40 AM
Salahkan kerajaan pun tak guna... Sebab rakyat sendiri pun ramai yang degil tak patuhi SOP. Masa per ...

Mask pun tak pakai
Quote cHimo 2-8-2021 11:47 AM
batusembilan replied at 2-8-2021 11:26 AM
knp nk salahkan kerajaan pula? ni jiran2 la x prihatin x ambil tahu.

Dorang fikir kerajaan ni hidup berjiran dengan seluruh rakyat Malaysia kot... Sy pon tak suka dgn kerajaan skrg.. tapi kalau nak salahkan 100% memang tak laa... Sebab ramai rakyat beruk jadian kat luar sana yang degil nak mampos... Puak2 tu laa yang sebabkan kita yang patuhi SOP jadi ikut susah...
Quote cHimo 2-8-2021 11:49 AM
Raline replied at 2-8-2021 11:46 AM
mana yg buat salah ttp salah.. mana x x buat salah nk salahkan mcm mana tu? mmg kerajaan la sial k ...

Pergi France pon lantak dia laa asalkan tak jangkitkan covid dengan orang lain. Kurung rakyat? Sonyum lebar jer saya... Kena kurung laaa sangat pala butoh..
Quote cHimo 2-8-2021 11:52 AM
guesswho09 replied at 2-8-2021 11:46 AM
Mask pun tak pakai

Tu laa pasal.. sesetengah forumer mata dok lihat abah no telor tu je.. tapi yang berhimpun protes masa2 covid ni dorg tak bising sebab satu puak... Ada hati nak letak salah sepenuhnya salah kat kerajaan..

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.092065 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top