CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Ayam Positif HIV, Pergi Rogol Kekasih Bawah Umur Pula!

3-8-2021 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11386| Komen: 101

Pasir Mas: Peniaga ayam yang positif HIV didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merogol remaja di bawah umur yang dipercayai kekasihnya, Mac lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak berusia 15 tahun tujuh bulan ketika kejadian dengan mengetahui bahawa dirinya menghidap HIV dalam sebuah Perodua Kembara di Jalan Kampung Laut 1, dekat Tumpat, pada waktu malam sekitar Mac 2021.

Foto: Harian Metro

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (i) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.


Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Terdahulu, peguam bela, Mohd Khuzaimi Mohd Salleh memohon supaya anak guamnya diberi ikat jamin.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang sedang mengandung lima bulan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen laporan perubatan.

Difahamkan, keluarga tertuduh membayar wang jaminan itu. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 3-8-2021 04:00 PM
nmpk budak lg, umur 24 da hiv
Quote Gianna111 3-8-2021 04:01 PM
memang set-set langan ayam ke camne ni sampai boleh dapat HIV?astaghfirullah
Quote sidewinder 3-8-2021 04:02 PM
kuat pegi main pelacur kat thailand budak ni.....tahun lepas plak pkp so tak dpt lubang tu yg merogol
Quote Artemesiaa 3-8-2021 04:05 PM
Hukum maksimum je orang jenis macam ni
Quote lilac85 3-8-2021 04:07 PM
Ya tuhan ku. Mudanya dek. Camne blh tau ada hiv
Quote Babai 3-8-2021 04:09 PM
kelapaparut replied at 3-8-2021 04:00 PM
nmpk budak lg, umur 24 da hiv

Kalau tak kaki dadah, kaki main pelacur bareback. Tak pun dua2 sekali dia buat. Tu je jangkaan aku. Nak bersangka baik memang payah.
Quote edayildiz 3-8-2021 04:15 PM
muda lg dh kena hiv..kesiannya kt gf dia tu..bethol ke rogol..mcm jatuh bertimpa2..seram..dh kena rogol tu bala dh..mengandung plak..lg satu laki tu ada hiv..triple bala..
pastu bdk tu jangkit tak eh? sbb ada jer kan bini yg tak jangkit kan?org kg i laki dia meninggal sbb tu..pastu bini dia kawen dh ngn org lain..tp kawen kat thai..mak i ckp mom is scare sbb kawin belah sana xcheck pun kan.
sorry la i tacod covid..tacod lg hiv wpun covid lg bahaya
Quote Babai 3-8-2021 04:15 PM
kelapaparut replied at 3-8-2021 04:00 PM
nmpk budak lg, umur 24 da hiv

Nampak macam budak sebab dia jenis katik bantut.
Quote Babai 3-8-2021 04:16 PM
Gianna111 replied at 3-8-2021 04:01 PM
memang set-set langan ayam ke camne ni sampai boleh dapat HIV?astaghfirullah

Biasa la tu, orang sana. Nelayan dia orang pun ramai yang HIV.
Quote Zhana 3-8-2021 04:21 PM
edayildiz replied at 3-8-2021 04:15 PM
muda lg dh kena hiv..kesiannya kt gf dia tu..bethol ke rogol..mcm jatuh bertimpa2..seram..dh kena ro ...

tacod tacod tacod tacod haihhh
Quote CARI-MRO 3-8-2021 04:35 PM
Pasir Mas: Peniaga ayam yang positif HIV didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan merogol remaja di bawah umur yang dipercayai kekasihnya, Mac lalu.


Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak berusia 15 tahun tujuh bulan ketika kejadian dengan mengetahui bahawa dirinya menghidap HIV dalam sebuah Perodua Kembara di Jalan Kampung Laut 1, dekat Tumpat, pada waktu malam sekitar Mac 2021.


Foto: Harian Metro




Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (i) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.


Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.


Terdahulu, peguam bela, Mohd Khuzaimi Mohd Salleh memohon supaya anak guamnya diberi ikat jamin.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa yang sedang mengandung lima bulan.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen laporan perubatan.


Difahamkan, keluarga tertuduh membayar wang jaminan itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote miracle_forever 3-8-2021 04:42 PM
abis tu the girl positive ke tak? dah la
preggy!
Quote epal21 3-8-2021 04:45 PM
Keluarga bayar pulak duit jaminan tu. Untunglah dapat sokongan moral drp keluarga walaupun mencoreng arang ke muka mak pak. Kalau suka sama suka pun tetap salah. Positive hiv pulak tu.
Quote JunkMail 3-8-2021 04:55 PM
Tacod titew bacerr
Org Kelantan ni memang another level laaaa.. apa je yang diorang tak mendunia.
Quote makneng 3-8-2021 05:04 PM
Hukaloh!!! Natam mu nim
Quote mama_neko 3-8-2021 05:06 PM
dah la mengandung, risau ada HIV lagi,, ntahla, dalam kes ni, patutnya awai2 dah gugurkan kandungan.. apalah nasib budak tu nnti.... kalau dpt HIV, mampu ka family nak jaga lagi? family lelaki for sure lepas tangan, sbbnya sanggup bayaq 15k jaminan, mcm depa confident ja anak depa tak bersalah.. mesti depa rasa suka sama suka ni..
Quote miznora 3-8-2021 05:12 PM
dari mana laki tu dapat hiv.. mat pet ka. buat naya kat anak dara org lain pulak tu
Quote sarahmirza 3-8-2021 05:12 PM
Kesiannya....
Schoolmate I macam ni la dulu, tetiba positif HIV dapat "hadiah" dari arwah suaminya...
Masa tau, dia tak tau tengah mengandung...
Lepas bersalin lama juga doktor monitor baby dia samada positif or tak HIV..
Alhamdulillah budak tu tak terjangkit HIV...

My schoolmate dah meninggal sebab komplikasi buah pinggang.
Anak dia umur 8 tahun masa dia meninggal.
Skrg budak tu adik lelaki my schoolmate yang jaga..

Family arwah suami? Lepas tangan...
Sebab anak tu lahir lepas suami dia dah meninggal..

Pelik2 orang born Muslim sekarang ni bila bab tanggungjawab dan wali...
Quote akuchenta 3-8-2021 05:25 PM
Nak jugak keluarga lelaki tu bayar 15k

Harap2 baby tak kena jangkit

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.043993 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top