Seorang pelawak yang popular menerusi rancangan Maharaja Lawak direman empat hari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan kes pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Peserta berkenaan pernah mendapat gelaran naib juara dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega yang disertainya secara berkumpulan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan kira-kira jam 10 pagi, Ahad lalu. Dalam insiden tersebut, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.
"Mangsa telah mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda," kata Amran. Hasil pemeriksaan pihak polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang dan empat buah telefon bimbit. Suspek juga dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. Suspek direman bermula Ahad hingga Khamis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. -CARI Sumber: mStar Online
|
Babai replied at 3-8-2021 06:39 PM
Siapa tu bro?
Skydiva replied at 3-8-2021 06:39 PM
Iols pn lps bace news ni, trus pegi sini. Awal la plak. Ingtkn dh ade jwpn.
dua_chzy replied at 3-8-2021 06:40 PM
Tokey Jambu muka macam tikus bendang tak basuh gigi setahun.
dua_chzy replied at 3-8-2021 06:40 PM
Tokey Jambu muka macam tikus bendang tak basuh gigi setahun.
Babai replied at 3-8-2021 06:42 PM
Tokey jambu mana? Sape?
Babai replied at 3-8-2021 06:42 PM
Tokey jambu mana? Sape?
lazim replied at 3-8-2021 06:46 PM
Hadoi. Tu bkn hint dah. Tu jwpn.. Partner arwah pak yus jambu
Skydiva replied at 3-8-2021 06:48 PM
Tokey raja lawak tu la.. ntah le, Iols tak rase die lawak pn, hambar n buat lawak bodo je sentia ...
Babai replied at 3-8-2021 06:42 PM
Tokey jambu mana? Sape?
dua_chzy replied at 3-8-2021 06:51 PM
Tu nama komersil dia dan kumpulan lawak bangang dia, bang. Cer google Taukeh Jambu.
Taukeh (na ...
ADVERTISEMENT