CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurse Kena Pecat! Beri Dos Pfizer Hampir Tamat Tempoh Kepada Keluarga

4-8-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3010| Komen: 18

Seorang jururawat veteran di Australia dibuang kerja selepas memberikan baki tiga dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer kepada anak perempuan dan dua anak saudara lelakinya.

Kirsten Peterson, 67, ditugaskan untuk memberi suntikan kepada orang tua dan orang kelainan upaya (OKU) di rumah penjagaan di Sydney ketika pandemik.

Bagaimanapun, dia kini dipecat selepas bertindak memberikan baki dos vaksin kepada keluarganya dan bukannya membuangnya di tong sampah.


Foto: Metro UK

Dilaporkan, vaksin Pfizer didatangkan dalam botol berisi lima suntikan dan kesemuanya harus digunakan dalam beberapa jam sebelum tamat tempoh.

Menyedari dia perlu membuang tiga baki suntikan itu, Peterson menghubungi anak perempuan dan dua anak saudara lelakinya untuk menggunakan vaksin tersebut.


Ketiga-tiga mereka layak untuk menerima vaksin, tetapi masih belum mendapat janji temu.

Nenek yang telah berkhidmat sebagai jururawat selama 43 tahun itu berkata, dia berasa sayu apabila sebelum itu terpaksa membuang tiga baki dos itu ke dalam tong sampah.

Katanya, dia tidak mahu baki tiga dos vaksin itu dibazirkan.

Bagaimanapun, majikannya perlu memecatnya kerana dia didapati gagal mematuhi protokol jabatan kesihatan di Australia. -CARI

Sumber: mStar/ Metro UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 4-8-2021 10:46 AM
Lol blh je create story dia da buang dlm tong sampah. Pastu dia kutip balik.

Apa masalah kutip sampah? Bkn mencuri.
Quote Decaffeinated 4-8-2021 10:52 AM
Omputih kalau jenis strict ni memang to the letters. Dia kata buang, buang!

Takde istilah sayang, rugi ka apa.
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 11:06 AM
tak nak bazir punya pasal
Quote Rockafella 4-8-2021 11:09 AM
otai_g replied at 4-8-2021 10:46 AM
Lol blh je create story dia da buang dlm tong sampah. Pastu dia kutip balik.

Apa masalah kutip sa ...

Tetap satu perbuatan yang salah dan melanggar etika perubatan walaupun untuk keluarganya sendiri dengan alasan membahayakan ahli keluarganya sendiri.
Quote fofuler 4-8-2021 11:09 AM
Kiranya dos leftover tu masih boleh guna, cuma dah SOP dia macam tu so ikut jelah
Quote Steelheart 4-8-2021 11:11 AM
apa beza dengan cucuk beksin kosong? kat sana terus pecat....kat sini penat
Quote otai_g 4-8-2021 11:22 AM
Rockafella replied at 4-8-2021 11:09 AM
Tetap satu perbuatan yang salah dan melanggar etika perubatan walaupun untuk keluarganya sendiri d ...

Knp bahaya plk utk ahli keluarga dia?

Ambik vaksin bahaya ker?
Quote krustykrab 4-8-2021 11:23 AM
Meanwhile kat malaysia...wpun fl suntik vaksin angin, dgn alasan penat, tetap berduyun2 simpati pada fl tersebut...
Sbb tu kat msia ni penjawat awam sgt.manja dan keje main2 semedang
Quote Artemesiaa 4-8-2021 12:14 PM
Syukurlah nurse disini tak terima nasib macam dia
Quote eyansss 4-8-2021 01:22 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 11:23 AM
Meanwhile kat malaysia...wpun fl suntik vaksin angin, dgn alasan penat, tetap berduyun2 simpati pada ...

soalan jujur...  boleh ke cucuk angin masuk dalam badan?  ke maksud cucuk angin ni acah2 cucuk tapi tak cucuk?
Quote eyansss 4-8-2021 01:43 PM
otai_g replied at 4-8-2021 11:22 AM
Knp bahaya plk utk ahli keluarga dia?

Ambik vaksin bahaya ker?

mengikut pemahaman aku, dia macam makanan yang ada expiry...  bila dah lepas tempoh, boleh memudaratkan...
Quote krustykrab 4-8-2021 02:14 PM
eyansss replied at 4-8-2021 01:22 PM
soalan jujur...  boleh ke cucuk angin masuk dalam badan?  ke maksud cucuk angin ni acah2 cucuk tap ...

Haiyohhh sis...itu metafora

Quote eyansss 4-8-2021 06:28 PM
krustykrab replied at 4-8-2021 02:14 PM
Haiyohhh sis...itu metafora

hahaha...  tu tanya tu...  maafkan kenaifan sis ya...
Quote BaeSpring12 4-8-2021 06:34 PM
ada kawan  dapat vaksin dah tamat tempoh tapi dia malas nak kecoh aptb
Quote prettyuglybabe 5-8-2021 02:41 AM
eyansss replied at 4-8-2021 01:22 PM
soalan jujur...  boleh ke cucuk angin masuk dalam badan?  ke maksud cucuk angin ni acah2 cucuk tap ...

hari tu macam ada terbaca komen kat kisah pak lebai mintak cucuk angin sebab nak masuk mesjid, katanya kalau cucuk angin bahaya.. tapi baca sekali lalu so i tak ingat sangat..
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 05:01 PM
laaa baru tau mcmni pun consider dah illegal
Quote slyfynx 5-8-2021 05:20 PM
Same la mcm dumpster dive.
Byk mende boleh jadi illegal
Quote lazim 5-8-2021 05:41 PM
Macam parents iols plk dpt pnggilm last minute utk ambik vaksin awal shri sbb ada vksin lebih org xdtg.. Dlm pkl 4ptg gitu.. Hrp2 masa cucuk tu blm expired lah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.101193 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top