CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raba Payudara Dua Pramugari, Lelaki Amuk Dilekat Di Tempat Duduk

4-8-2021 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4228| Komen: 22

Seorang penumpang penerbangan terpaksa dilekatkan di tempat duduk menggunakan pita pelekat selepas meraba payudara dua pramugari.

Malahan, dia turut mendakwa ibu bapanya bernilai dua juta dolar sebelum menumbuk seorang kakitangan syarikat penerbangan.


Max Berry, berusia 22 tahun dari Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan mengambil minuman keras sebelum kejadian berlaku.

Menurut laporan Polis Miami-Dade County, Max menyentuh cawan kosongnya ke punggung pramugari ketika dia meminta minuman lain.

Foto: Daily Star

Wanita itu meminta supaya tidak menyentuhnya, tetapi memberi minuman yang diminta penumpang berkenaan.

Namun, Max terus menumpahkan minuman baharunya lalu pergi ke tandas, sebelum kembali tanpa berbaju.

Kru kabin membantunya mengeluarkan baju kering dari beg sandangnya untuk dipakai.

Menurut laporan polis, Max datang dari belakang dan memeluk dua pramugari wanita sebelum meraba payudara mereka.

Menurut seorang penumpang penerbangan Alfredo Rivera, pertengkaran kemudian berlaku apabila Max menumbuk muka seorang pramugara.

"Dia mula menjadi agresif dan menyerang seorang pramugara," katanya.

Penumpang itu kemudian ditahan polis Miami sebaik pesawat mendarat.

Max berdepan dengan tiga tuduhan dan ditahan di sebuah pusat koreksional di Miami. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 4-8-2021 10:54 AM
Vongokz nya..
Menyampah dengan orang yang minum sampai lupa diri macam ni
orang lain pun minum juga, tapi pandai-pandailah control bila kat public places
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 11:05 AM
patutnya humban dia keluar time in flight
Quote Mikaella 4-8-2021 11:19 AM
kalau aku pramugari tu mesti menjerit
Quote Buritan 4-8-2021 11:34 AM
Mikaella replied at 4-8-2021 11:19 AM
kalau aku pramugari tu mesti menjerit

Menjerit ke suke sbb sado
Quote any42 4-8-2021 11:50 AM
tape je dia kt sayap katebang
Quote Artemesiaa 4-8-2021 11:53 AM
Mabuk tak menyusahkan tak sah
Quote Decaffeinated 4-8-2021 11:54 AM
Mooverine replied at 4-8-2021 10:54 AM
Vongokz nya..
Menyampah dengan orang yang minum sampai lupa diri macam ni
orang lain pun minum ju ...

aku tunggu komen inilah hikmah Islam mengharamkan arak


Quote Redskin 4-8-2021 11:59 AM
Inila hikmahnya Islam haramkan Arak..
Quote Decaffeinated 4-8-2021 12:01 PM
any42 replied at 4-8-2021 11:50 AM
tape je dia kt sayap katebang

dulu2 MAS ada bawa gari.
crew yang bitau aku. untuk long haul memang penting ada crew jantan ni.

pernah juga naik airline tanah besar (nama dirahsiakan) aku perasan ada at least 2 orang security travelling macam pax tapi so obviously.




Quote any42 4-8-2021 12:56 PM
Decaffeinated replied at 4-8-2021 12:01 PM
dulu2 MAS ada bawa gari.
crew yang bitau aku. untuk long haul memang penting ada crew jantan ni.
...

oh skrng xde dah eh.
Yg ni mmg btul. klau kita perasan msti ade rsa takut jgk kn dgn kslmatan diri mcm2 fikir ade org jahat ke dlm flight smpai ade mata2 yg ikut.
Quote jas7512 4-8-2021 01:08 PM
Teringat tragedi tg kupang in 1977..ada yg kata kapal terbang terhempas sbb ada vip yg mabuk dan buat hal..patutnya x pyh serve arak dlm flight..pandai2lah penumpang nak hidup
Quote Fortiori02 4-8-2021 01:15 PM
Hrp dia kena dok dlm lama2 sket, sampah masyarakat gini x layak bergaul ngn manusia normal
Quote Decaffeinated 4-8-2021 01:18 PM
any42 replied at 4-8-2021 12:56 PM
oh skrng xde dah eh.
Yg ni mmg btul. klau kita perasan msti ade rsa takut jgk kn dgn kslmatan di ...

Oops... skrg aku tak tau sebab dah lama tak jumpa budak cabin crew tu dulu keraplah juga sembang2 jumpa masa raya.

aku suka ja ada security personnel on board ni asalkan dorang jangan over sangat menonjolkan diri.


Quote Decaffeinated 4-8-2021 01:23 PM
jas7512 replied at 4-8-2021 01:08 PM
Teringat tragedi tg kupang in 1977..ada yg kata kapal terbang terhempas sbb ada vip yg mabuk dan bua ...

'ada yang kata'? lobai konspirasi mana ko layan ni.

Itu kes hijacking. Kalau setakat flight ke JB tu sempat minum jus oren pun dah kira untung.


Quote Jemahjemah1988 4-8-2021 01:42 PM
Apa punya perangai
Quote mawardia 4-8-2021 01:57 PM
jas7512 replied at 4-8-2021 01:08 PM
Teringat tragedi tg kupang in 1977..ada yg kata kapal terbang terhempas sbb ada vip yg mabuk dan bua ...

Oh, tak. Yang tragedy Tg. Kupang tu sebab kes hijack.
Quote kaedahnya 4-8-2021 01:57 PM
dah macam movie kristen wiig tu hhaha
aku rasa movie hangover yang seterusnya patut buat scene kena tape kat seat ni jugak
Quote Mooverine 4-8-2021 02:55 PM
Decaffeinated replied at 4-8-2021 11:54 AM
aku tunggu komen inilah hikmah Islam mengharamkan arak

Hahaha dah keluar.. ngam-ngam kat bawah komen awak
Quote miemiecha 4-8-2021 04:31 PM
patut gulung leloy tu seletip bio bulat

bodo tui.. sbb tu larangan minum arak ni utk manusia.. tapi dah kapir suka, nasib ler.. hadap ler

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064331 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top