CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daniesh Suffian Tertanya-Tanya Kenapa Nama Payah Nak Naik

4-8-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5225| Komen: 29

Tiga tahun mencuba nasib dalam industri seni suara, Daniesh Suffian tidak pernah putus asa untuk menempatkan namanya sebaris penyanyi sedia ada.

Biarpun belum dikenali, Daniesh atau nama sebenarnya Nur Mohd Daniesh Mohd Suffian, 23, menganggap perkara itu sebagai salah satu cabaran kepada dirinya untuk mencipta nama.

Foto: IG

"Saya dalam industri dah tiga tahun, dah ada empat single... saya percaya rezeki tu ada cuma cepat atau lambat.

"Saya rasa memang semua penyanyi rasa nak give up dan stop bagi saya ini normal dan kalau minat tu kuat just teruskan.

"Pernah juga tertanya-tanya kenapa nama tak naik tapi benda tu normal. Just buat yang terbaik dan berikan effort sepenuhnya sampai rasa puas hati dan terpulang kepada rezeki," katanya kepada mStar.


Pernah memasuki pertandingan Immortal Songs Malaysia dan Vokal Mania di TV3, Daniesh berkata, dia bakal muncul dengan lagu duet kolaborasi bersama penyanyi Aina Abdul.



Tambahnya, dapat bekerjasama dengan penyanyi lagu Semalam ini dianggap sebagai satu peluang keemasan.

Bukan untuk menumpang populariti, sebaliknya Daniesh berkata, dia akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk dikenali.



"Aina Abdul adalah salah seorang penyanyi yang saya sangat adore jadi kalau dapat bekerjasama tu saya rasa ia perluang keemasan untuk saya.

"Netizen kata saya menumpang populariti Aina saya tak boleh nak cakap apa la, itu pendapat mereka.



"Tapi saya rasa ini adalah peluang keemasan, kalau saya tak ambil rugilah," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 4-8-2021 11:03 AM
Takde aura... Cuba pi cari kat mana2...
Quote gadisbunga91 4-8-2021 11:04 AM
Bbnu skrg pn naik skjap jr
Quote cicicumel 4-8-2021 11:07 AM
bakat ada tp x lau.sama la si adik2 Daniel Chuer tu..kesian.
Quote Kurex 4-8-2021 11:11 AM
Woi!!! Berapa kali kau nak bukak benang sama pasal dia?? Kenapa kau asal boleh eh??? Kau memang jenis pelupa ke? Adakah kau sangkak? Adakah kau dibela oleh jizklongklong? Adakah kau jenis reporter yg pemalas???

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1258155&extra=page%3D10%26filter%3Dauthor%26orderby%3Ddateline%26dateline%3D7948800&page=1

Screenshot_2021-08-04-11-09-47-642_com.opera.browser.jpg
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 11:21 AM
honest kata...
pada aku lerrrrrrr.... Aku punya hopinion laaaa...
aku dah dengar 6 video nyanyian ko kat ig
ko ada bakat cuma terlalu mengikut suara nyanyian bbnu mat saleh.
dayu2 gitu.
jadik macam dah terlalu biasa didengar. takde kelainan. takde wow faktor.
boleh practice lagi
ada laa tu insyaAllah market ko dek non kat luar sana.
moga berjaya laa yaa
u ken do it.

Quote slyfynx 4-8-2021 11:25 AM
Kurex replied at 4-8-2021 11:11 AM
Woi!!! Berapa kali kau nak bukak benang sama pasal dia?? Kenapa kau asal boleh eh??? Kau memang jeni ...

Kannnn, br nk cakap thread dah ade.
Tgk2 die sendiri lak tu bukak
Ni ASTRO tahap ape ni?
Quote bakingsoda 4-8-2021 11:46 AM
lagu ko tak sedap kot dekk, lagu sangat penting kalau nak orang ulang2 dengar walaupon suara live hausss
Quote duri_durians 4-8-2021 12:48 PM
bila dengar nama danish teringat rosyam nor pakai baju sekolah.
Quote per706 4-8-2021 12:53 PM
Akk pon tertnya tnya deqq...




Adeq sape?
Keje ape?
Quote Jemahjemah1988 4-8-2021 01:41 PM
X buat benda bodoh.. Cuma buat benda bodo kejap jer naik.. Yang x kenal terus memgaku sedara ke pada sedara kepada kawan kepada isteri kepada dan kepada..
Quote Kurex 4-8-2021 02:55 PM
slyfynx replied at 4-8-2021 11:25 AM
Kannnn, br nk cakap thread dah ade.
Tgk2 die sendiri lak tu bukak
Ni ASTRO tahap ape ni?

Biasalah, reput cari ni ramai lembab
Quote bebba 4-8-2021 03:00 PM
Terasa dejavu
Quote husna_amal 4-8-2021 03:24 PM
Dah keluar cerita lagi sekali pun tetap tak popular. Cari kerja lain lah dik daripada jadi artis ni.
Quote Whitepinkrider 4-8-2021 03:34 PM
maybe nk kene renovate dulu dik.. kami nak muka jambu + bad boy kpop pleaseeee
Quote dewi_rina 4-8-2021 04:14 PM
Sebab muka ko biasa je tapi taknak kalah disamakan dgn CR
Jauh panggang dari api dik
Sila cuba lagu ye
Quote Kerexxx 4-8-2021 04:17 PM
nakkomenjugak: honest kata... pada aku lerrrrrrr.... Aku punya hopinion laaaa... aku dah dengar 6 video nyanyian ko kat igko ada bakat cuma terlalu mengikut suara ny ...


Kalu dia nak market kat us, elok lah dia nynyi mcm tu. Tp boleh ke jd mcm yuna or agnezmo?

Else buatlah style yg mmg org sini suka. Mcm adik qieqiem, naim daniel and asad mowta
Quote lucero 4-8-2021 05:04 PM
Tu lah pelik juga.
Rupa
Body
Ketinggian  
Suara pun OK.
Mana silapnya?
Quote Pauhnaga 4-8-2021 05:07 PM
Tak sampai masanya lagi la tu.....
Quote pencintaABC 4-8-2021 05:28 PM
Rakam video tumbuk sambal je dik..senang naik

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.191501 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top