CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

HTAR Nafi Ada Pesakit Duduk Atas Lantai Beralas Kadbod

4-8-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2686| Komen: 30

Shah Alam: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menafikan dakwaan bahawa pesakit di hospital berkenaan terpaksa duduk di atas lantai beralaskan kadbod.

Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi dalam kenyataan menerusi Facebook HTAR berkata, selepas semakan dan siasatan dibuat, pihaknya mendapati tiada pesakit duduk di atas lantai atau kadbod di mana-mana kawasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Foto: Harian Metro
"Untuk makluman, sekiranya tiada katil yang mencukupi untuk menampung jumlah mereka, pesakit akan diletakkan di kerusi atau kerusi roda buat sementara waktu," katanya.

Jelas Dr Zulkarnain, pesakit COVID-19 yang dipindahkan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma ke wad sementara bertempat di Kompleks Rawatan Harian (ACC) pula berada dalam keadaan selesa kerana dilengkapi penyaman udara.


"Malah, jabatan berkenaan kini sedang menunggu pembukaan hospital lapangan di HTAR dijangka beroperasi dalam beberapa hari lagi bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 yang agak ramai," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tangkap layar laporan sebuah portal berita dalam talian yang dikongsi seorang ahli politik tempatan di akaun Facebooknya yang mendakwa bekalan dan peralatan perubatan tidak mencukupi di HTAR. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 4-8-2021 11:47 AM
kalau ada pon, nak salahkan sepital ke tak dapat tampung makhluk2 berjangkit kobid sbb sop masing2 kelaut?
Quote shernazz 4-8-2021 12:57 PM
Hadoi

Jiran.iols kena.kuarantin..anaknya ke pkrc dah
Pasru lakinya.positip
Semalam kelmarin.elok je dok sidai2.baju wei..
Quote laksmanabentan 4-8-2021 01:08 PM
shernazz replied at 4-8-2021 12:57 PM
Hadoi

Jiran.iols kena.kuarantin..anaknya ke pkrc dah

sabar yaa.... jangan di pulau tu jiran...
kesian dia...
kalau dia kurantin kat rumah, tanya ada apa2 keperluan tak yg boleh dibantu....

uollss take care, makan vitamin..
hati kena happy untuk immune badan..
berjemur juga yaa....

Quote Jemahjemah1988 4-8-2021 01:40 PM
Betul ke xde.. Takut ada tapi top2 management x nampak..
Quote BaeSpring12 4-8-2021 06:40 PM
................
Quote shernazz 4-8-2021 08:57 PM
laksmanabentan replied at 4-8-2021 01:08 PM
sabar yaa.... jangan di pulau tu jiran...
kesian dia...
kalau dia kurantin kat rumah, tanya ada ...

Iols ada tanya juga
Hari ni ayahnya ke cac dan anaknya yang hanto...
Depa cakap so far masih okay lg
Swbab kebetulan.depa ada shopping barang dapur banyak.mjadi dalam.seminggu depa masih okay
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:59 PM
dah ramai sgt... arini je 20k kes.
Quote LadyCarefree 4-9-2021 02:45 AM
Kata hospital dah nampak sinar cahaya?
Quote monreyes 4-9-2021 02:00 PM
haritu ada frontliners yg siap kata jeles dgn Sarawak...
sana dah kurang patient bla bla...
Quote me12345 4-9-2021 02:05 PM
Mcm dh terurus je frontliner skrg...kata dh berkurang patutnye lagi mudah nk bagi perhatian kt pesakit..
Quote downiey 4-9-2021 02:51 PM
semoga dipermudahkn urusan FL dan pesakit
Quote eyansss 6-9-2021 05:57 AM
shernazz replied at 4-8-2021 12:57 PM
Hadoi

Jiran.iols kena.kuarantin..anaknya ke pkrc dah

aku rasa ok kot dia menyidai baju, provided takde jiran2 kat luar...  lagipun patient ni kena sentiasa dapat udara segar...  aku kesian pada patient yang duduk rumah bertingkat takde beranda...  takleh nak keluar dapatkan udara n ventilate the house/ rooms...
Quote Suchi 6-9-2021 08:38 AM
shernazz replied at 4-8-2021 12:57 PM
Hadoi

Jiran.iols kena.kuarantin..anaknya ke pkrc dah

Dah tu sapa nak sidai baju dia?

Bila dah kena covid baru tau layanan org kat kita cemana.
Takda sapa nak offer buangkan sampah, sidai baju or masakan makanan.
Lantakla ko situ kekdahnya
Quote Buritan 6-9-2021 08:40 AM
bakingsoda replied at 4-8-2021 11:47 AM
kalau ada pon, nak salahkan sepital ke tak dapat tampung makhluk2 berjangkit kobid sbb sop masing2 k ...

Dah ramai sgt yg sakit.. duk atas simen je pung logik..
Quote Buritan 6-9-2021 08:42 AM
shernazz replied at 4-8-2021 12:57 PM
Hadoi

Jiran.iols kena.kuarantin..anaknya ke pkrc dah

Tu laa aku ni within 1km ade 150 kes.. hari tuu food panda antar mknan sbb aku tak larat nsk masak.. aku pakai faceshield favenask.. food panda tanye korontin ke kak.. dia plk takut dgn aku.. pdhl.aku yg takut dgn food panda tuu
Quote Suchi 6-9-2021 08:43 AM
laksmanabentan replied at 4-8-2021 01:08 PM
sabar yaa.... jangan di pulau tu jiran...
kesian dia...
kalau dia kurantin kat rumah, tanya ada ...

Yup jangan pulau patut bantu, masa kami duk kuarantin tu sorang dua je yg bantu itupun takat hantar vit dan tolong belikan lemon. Yg tolong belikan brg tu kena bg duit dulu baru dia buat.

Yg lain senyap jaa takde tolong apa2, tup2 kami dh habis kuarantin jiran sebelah plak kena covid gak n kena kuarantin satu famili, laju ja suami iols pi tesco belikan barang dah tu siap offer nak tolong buang sampah.
Iols cakap tgklaaa kita malang dapat depa ni jd jiran masa kita sakit n kena kuarantin masing2 wat bodo je tp bila kita tau ada jiran dekat plak sakit laju kita ni nak membantu sbb faham cemana rasanya kena kuarantin takleh wat apa2.

Stop pulaukan pesakit covid tapi tanya la khabar dorang.
Dah tau kan jiran tu kena kuarantin takleh kemana2 jgnla buat bodoh je lagi kesian hat kena kuarantin sorang2 kat umah tu.
Quote mclaren 6-9-2021 08:46 AM
Nak tanya lah

Yang duduk high rise ni kan, biasanya sebelum covid, buang sampah kat mana? Every floor ada main garbage collecting bin ke?

Pernah pergi flat pprt relatives yang zaman dulu, kat dapur dia ada macam chute tu yang just lift up the flap or small door and lepaskan je trash ke bawah, akan jatuh ke  ruang collection kat ground floor tu.

Ingatkan semua high rise buildings including condos macam tu. Tapi baca kat sini people mention bab buang sampah time covid. Also kisah Siti Sarah tu yang maid dia turun bawah buang sampah? Condo mewah pun kena menapak turun buang sampah sendiri?
Saya duduk bertapa dalam gua berpuluh tahun ni memang tak aware. Ingat everyone just drop their trash macam kat flat pprt sedara saya tu.
Quote Suchi 6-9-2021 08:47 AM
eyansss replied at 6-9-2021 05:57 AM
aku rasa ok kot dia menyidai baju, provided takde jiran2 kat luar...  lagipun patient ni kena sent ...

Kami siap bukak luas2 semua tingkap balkoni, seksa kot kalau takde udara luar.
Bila kuar umah g cac/hospital rasa nyaman sgt dapat udara luar tu.
Lagipun selama ni mmg terkurung lama dlm umah, vit D pun jrang dapat sbb mmg duk dlm umah sungguh2.
Pertama kali iols kuar umah pun sbb nak wat swab test.
Tp tula duk umah mmg selamat je tp selagi ada org lain yg kuar masuk g keje ko tak selamat gak ujung2 kena covid gak.
Quote shernazz 6-9-2021 09:11 AM
Suchi replied at 6-9-2021 08:38 AM
Dah tu sapa nak sidai baju dia?

Bila dah kena covid baru tau layanan org kat kita cemana.

Sidai dalam.rumah la
Sebab covid ni boleh kena melalui airborne
Weols elok.jah belikan barang utk.dia..
Sampah buang tengaj malam.le..
Sini mmg ramai kena kuarantin..
Wlok.jah sidai.dalam.rumah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049210 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top