|
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Kaka Azraff yang memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua sekaligus memohon doa ramai agar dipermudahkan segala urusan kehamilannya kali ini.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff,32, kandunganya kini berada dalam trimester pertama. “Berbanding kehamilan pertama, alahan kali ini dikawal dengan lebih baik kerana saya rasa ia lebih kepada ‘mindset’. Cuma kali ini, saya kurang mengambil daging tetapi lebih suka makan ikan dan buah-buahan. “Saya kini berada dalam fasa sering muntah, boleh dikatakan hampir setiap setengah jam pasti termuntah. Saya hanya boleh berfikiran positif saja kerana keadaan agak tidak menentu ketika ini,” katanya menerusi Wacana.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.584178 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.