Disebalik kekecohan politik dalam pandemik Covid-19 ini, tidak ramai rakyat Malaysia tahu mengenai taman tema baharu sedang dalam proses pembinaan di Cameron Highlands. Projek yang menelan belanja RM100 juta itu dijangka siap pada tahun 2023 dengan nama ESCAPE Cameron Highlands. Ianya menimbulkan kegusaran dalam kalangan netizen tentang pencemaran alam sekitar yang akan ditimbulkan oleh projek ini. Lebih-lebih lagi, siapa yang ke Cameron Highlands untuk ke taman tema? Bagi netizen, pemaju dan penguatkuasa seolah-olah terlupa dengan bencana alam yang melanda tempat tinggi sebelum ini. Antaranya ialah banjir yang melanda Genting Highland dan Cameron Highland sebelum ini. Adakah taman tema yang mempersembahkan permainan dan
seni bina serta warisan Eropah di Cameron
Highlands ini akan mengatasi keindahan alam semulajadi di sana? Yang penting, kenapa beriya-iya nak jadikan Cameron Higlands seperti Genting Highlands? Dah tak cukup keseronokan ke orang kita? "Malaysia dah ada another Las Vegas, dah ada Lego Land. Why can't we preserve CH just for tea, scones & nature? Jadi, netizen cuba mengumpul memorandum bagi menghalang projek ini. Anda rasa bagaimana? - CARI
|
Reira77 replied at 4-8-2021 10:39 PM
Kenapa la hantu-hantu kat CH tu tak rasuk je depa time tgh pecah tanah ke construction tu ke? Makin ...
ADVERTISEMENT