Selepas namanya dipetik berulang kali, pemain bola sepak Perak FC, Azhar Apandi menafikan dia adalah kekasih kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri. Azhar, 22, adalah tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang dipinjamkan selama semusim kepada skuad The Bos Gaurus itu pada awal musim ini.
Katanya, dia dan Dhabitah sudah lama berpisah dan memohon semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu. “Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), ‘so pless’ laa hormat saya dengan si dia okay. “Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram miliknya dengan tanda pagar #janganupbaranglame, #sembilu, #442 dan #cucuklagihasan. Sebelum ini, tular di laman sosial temuramah Dhabitah dengan stesen radio tempatan yang menyaksikan penerjun berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu mengakui sudah berpunya. Lantas, peminat mula mengaitkan kekasih Dhabitah dengan seorang pemain bola sepak profesional dan spekulasi itu dikuatkan pula dengan gambar sambutan hari jadi bersama kekasihnya iaitu Azhar. Ahad lalu, hasrat Dhabitah untuk membawa pulang pingat di Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila menduduki tangga keempat dalam final 3 meter papan anjal individu wanita Sumber: Utusan |
MeghanK replied at 4-8-2021 05:14 PM
comel nya dabitah ni tapi apasal rambut kau keras kejung sangat dik
aechae replied at 4-8-2021 05:30 PM
Rmbut asyik rendam air klorin je gtu lahh
Decaffeinated replied at 4-8-2021 05:26 PM
Dia eja 'plss' tu dah cantik wartawan pundek tukar jadi 'pless' langsung jadi pprt.
Sekian komen. ...
virgo19 replied at 4-8-2021 06:09 PM
Tetiba glemer plak dak dhabitah ni, sana sini cerita pasal dia.
ADVERTISEMENT