|
Pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini tular kerana mendedahkan gurauan rogol oleh guru sekolahnya di aplikasi media sosial TikTok mengakui telah menerima notis tuntutan berjumlah RM1 juta.
Kata Ain Husniza menerusi perkongsian di laman Instagramnya, dia dituntut untuk membayar jumlah berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebagai ganti rugi kenyataan yang telah dibuat olehnya terhadap guru terbabit. "Hari ini, secara tiba-tiba semasa kelas atas talian berlangsung, saya menerima tuntutan (RM1 juta) berkenaan kenyataan saya yang didakwa sebagai 'fitnah,' kata remaja perempuan berusia 17 tahun itu. Ain bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik kenyataan yang berkaitan dengan tuntutan yang difailkan oleh guru itu.
|



TuntungReturn replied at 4-8-2021 09:31 PM
aku tgk netizen tiba2 skong cikgu lelaki tu. ari tu bkn main hentam cikgu tu
immaryjane replied at 4-8-2021 09:36 PM
Bapak nye yg kuat mencapub tu hujung2 akan mntk derma tak?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.729151 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.