|
Seekor beruk di Gua Musang yang dikatakan positif Covid-19 disahkan tidak dijangkiti wabak itu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK). Pengarah JKNK Dr. Zaini Hussin bagaimanapun berkata, pihaknya tidak melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas haiwan tersebut. “Tidak munasabah, kita tidak buat ujian calitan kepada beruk,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran tular dalam Facebook yang memaparkan gambar seekor beruk memakai gelang merah jambu didakwa positif Covid-19. Sumber: Suara Merdeka
|
nakkomenjugak replied at 5-8-2021 02:20 PM
Gelang siapa yang dia pakai?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.050236 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.