Penyanyi popular Hafiz Suip boleh dikatakan cukup bertuah kerana sudah berduet dengan beberapa penyanyi wanita terbaik tanah air termasuk luar negara. Antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Misha Omar, Faizal Tahir dan Adira. Terbaharu, Hafiz yang muncul dengan single Berakhirlah Pencarianku berduet dengan Ernie Zakri.
Bagaimanapun, Hafiz, 31, atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat mahupun memilih rakan duet. Menurut Hafiz, dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan rakan duetnya, sebaliknya tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada syarikat rakaman Nova Music. "Saya tidak pernah memilih rakan duet dalam projek ini. Tugas saya hanya menyanyi dan soal rakan duet semuanya urusan pihak label kerana mereka yang membuat perbincangan dan mempunyai kuasa memilih.
"Walaupun pernah memenangi anugerah saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat siapa yang boleh menyanyi dengan saya. Semua orang boleh menyanyi dengan saya. Siapa saya untuk meletakkan syarat sebegitu?" katanya. Dalam pada itu, Hafiz turut memohon supaya peminat tidak membandingkan dirinya dengan penyanyi Syamel yang juga suami Ernie dalam lagu Goodbye Hello. "Saya akan buat tidak kisah jika dibandingkan kerana kita tidak akan hidup yang mahu melayan kehendak semua orang. Saya hanya ambil perkara positif," katanya.
|
apech replied at 6-8-2021 11:30 PM
Nak OT sket boleh? Selalu buat kerja repair dekat rumah diorang ni. Sepanjang tu ada la terserempak ...
tunangku replied at 6-8-2021 11:41 PM
mak mertua hafiz mcm org have2 kan
bisnes gitu
apech replied at 11-8-2021 12:36 PM
Ya mertua dia have2. Driver bertukar ganti, semua tak tahan.
Oppss sori ter OT lagi.
edoraixora replied at 6-8-2021 09:50 PM
Lagu syamel & ernie tu, goodbye hello ke apa tajuknya..melodi dia macam sama pulak dengan lagu madis ...
apech replied at 11-8-2021 12:36 PM
Ya mertua dia have2. Driver bertukar ganti, semua tak tahan.
Oppss sori ter OT lagi.
tunangku replied at 11-8-2021 08:25 PM
kat KL ke kat Kuching
kat KL ek
ADVERTISEMENT