|
Pelakon Indonesia Tamara Bleszynski mendedahkan menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada lelaki yang berhajat melamarnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Tamara meminta agar lelaki-lelaki tersebut berhenti berbuat demikian.
"Sudah..sudah, berhenti ingin melamarku melaui pesanan langsung (DM)," tulisnya. Menurut Tamara dia sudah cukup lama hidup bersendirian tanpa suami dan tidak berniat untuk berkahwin lagi. Tambahnya dalam posting sama, dia juga menggelarkan dirinya sebagai 'janda miskin' kerana selalu menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. "Aku ini sekejap lagi akan bergelar janda miskin sebab selalu memberi (menonolong orang).
"Tapi yang penting bukan miskin untuk memberi semangat. Masih mahu dengan saya?," tulisnya berseloroh.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.208406 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.