CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lantang Kritik Orang, Tapi Bila Kena Diri Sendiri Sharnaaz Cepat Koyak?

6-8-2021 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15538| Komen: 91

Sikap lantang, 'brutal' dan selamba dalam dunia media sosial bukanlah perkara luar biasa buat aktor, Sharnaaz Ahmad.

Sebelum ini, aktor yang meledak nama menerusi filem Juvana itu sering membuat teguran dan melontar kritikan pedas terhadap individu yang terkait dengan sesuatu isu panas.


Terkini, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-30 itu memberi pandangan serta menegur tindakan penyanyi rap, Caprice berhubung kemelut bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berhubung isu Gaza.

Biarpun ramai tidak suka dengan sikap mulut lantang, tetapi ada juga mempersoalkan sikap Sharnaaz mudah sentap apabila ada pihak lain melakukan perkara sama terhadapnya.

Foto: IG



Mengulasnya, Sharnaaz berkata, dia sudah terbiasa bersikap terus-terang dan tidak pandai berselindung.

"Nak kata saya bersikap lantang, tidak juga. Jika nak dibandingkan dengan Sharnaaz yang dahulu, memang lagi teruk. Saya cakap tidak berlapik langsung, cuma saya lebih berhemah sekarang.

"Bagi saya, apabila menggunakan pendekatan seperti ini, mesej lebih mudah disampaikan. Saya harap mereka boleh terima sikap lantang ini. Bukanlah niat untuk sengaja mengguriskan hati sesiapa, cuma mahu memberikan kesedaran.

"Jika mengenali individu berkenaan, saya akan hantar mesej secara peribadi. Saya bukan sengaja mahu bersikap lantang bersuara, tetapi saya memang tidak pandai cakap 'cover line'. Bagaimanapun, saya anggap netizen lagi kasar berbanding saya," katanya kepada BH Online.



Ditanya ada ketika teguran yang diberikan agak berapi, boleh menyebabkan ada pihak sakit hati, Sharnaaz berkata, zaman sekarang paling dekat adalah telefon pintar dan media sosial. Platform media sosial menjadi alat komunikasi pada era COVID-19 ini.

"Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak suka hipokrit. Jika pengikut nak tengok benda yang baik-baik, banyak akaun lain yang boleh diikuti. Secara peribadi, saya bukan seperti itu. Jika tidak boleh terima dan terlalu sensitif, lebih baik jangan ada media sosial," katanya.

Namun, Sharnaaz tidak menafikan, ada perkara membuatkannya cepat terasa atau 'koyak' apabila netizen bersikap keterlaluan.



"Sesetengah netizen sangat melampau. Daripada buang masa melayan komen menyakitkan hati dan mereka suka mahu mengheret ahli keluarga termasuk anak, itu memang saya tidak boleh terima.

"Apabila berdepan dengan situasi ini, lebih baik saya ambil tindakan memadam komen dan sekat. Itu lebih baik daripada saya terus rasa sakit hati melihatnya.

"Bagi saya, mereka yang ambil pendekatan padam dan sekat adalah seorang yang hebat. Apa yang saya belajar, selalunya mereka ini hanya berani dalam telefon sahaja, tetapi takut mahu berdepan," katanya.



Pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Tari Tirana pada 2009 itu berkata, ramai pengikut suka dan terhibur melihat gelagatnya berbual dalam Instagram (IG) Live bersama Shukri Yahaya, Hairul Azreen dan Zizan Razak.

"Sebenarnya, saya tidak selalu dapat bersama Zizan dan Hairul, tetapi lebih kepada Shukri. Boleh dikatakan saya dan Shukri bersembang menerusi panggilan video, setiap hari. Mungkin sebab kami mempunyai minat sama iaitu sukan lumba kereta dan motosikal, selain berlakon.

"Lagipun, kami faham perangai masing-masing yang suka bergurau kasar. Jika orang tidak boleh terima cara kami, itu terpulang. Tetapi, ada yang seronok mendengar kami bersembang.

"Alhamdulillah, sesi IG Live kami penuh dengan gelak ketawa. Jika mahu mencari informasi atau ilmiah, boleh cari siaran IG Live lain. Kami umpama 'doktor perasaan' yang boleh ubat hati mereka yang berduka dengan lawak jenaka," katanya.



Mengulas kehidupan sekarang, Sharnaaz berkata, dia tidak terfikir mahu mencari pengganti. Namun, hatinya sentiasa terbuka untuk berkawan sama ada kenalan baharu dan lama.

"Buat masa ini, tumpuan saya hanya untuk membahagiakan orang tua dan satu-satunya zuriat, Jebat Jayden.

"Saya tidak perlu nak menyatakan kriteria wanita yang mahu dijadikan calon isteri. Kita boleh merasakan aura itu sendiri jika wanita berkenaan memang ditakdirkan sebagai jodoh.

"Saya tidak mahu terburu-buru soal kahwin atau nak cari pengganti. Saya pernah berkahwin dan memiliki cahaya mata. Jika ada, adalah... Semua ini bergantung pada jodoh dan rezeki," katanya.

Pelakon drama Lelakimu Yang Dulu dan Isteri Misteri itu berkongsi, dia dan anaknya, Jebat memang rapat.

"Inilah satu-satunya daging daging saya. Bukanlah nak saya tidak manjakan Jebat, cuma saya lebih suka anak belajar sesuatu berdasarkan pengalaman. Contohnya, jika terjatuh, sakit dan bangun.



"Jika rasa panas, jangan pegang. Saya mahu Jebat menerokai banyak benda. Impian saya mahu melihat Jebat menjadi pelumba kereta Formula 1. Sukan adalah perkara yang saya akan terapkan dalam diri Jebat. Saya percaya sukan mampu mendisiplinkan seseorang. Namun, pelajaran perlu diutamakan jika aktif dalam bidang sukan," katanya.

Mengulas perkembangan terbaharu, aktor kelahiran George Town, Pulau Pinang itu berkata, dia rindu mahu kembali ke lokasi penggambaran.



"Saya ada menjalani penggambaran drama bersiri untuk saluran Viu, namun penggambaran tertangguh tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Insya-Allah, saya akan kembali ke lokasi selepas aktiviti penggambaran dibenarkan. Ada tiga projek yang menanti iaitu dua menerusi slot Megadrama Astro dan satu lagi untuk TV3. Saya akan bergandingan dengan Shukri. Saya harap peminat sabar menanti kemunculan kami," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-8-2021 10:18 AM
Ramai je lahanat2 yg mcm ni. Acah2 big bause, tapi bila kena "heng" sikit, baru terdetik, ehhh aku kena sound? Org kampung meols punya saying "Don't dish it, if you can't take it" . Ahhh gichew.
Quote cantthinkofany1 6-8-2021 10:25 AM
Carcosa replied at 6-8-2021 10:18 AM
Ramai je lahanat2 yg mcm ni. Acah2 big bause, tapi bila kena "heng" sikit, baru terdetik, ehhh aku k ...

tak adil la macam ni...melantang and dilantang patutnya normal la..
Quote Kurex 6-8-2021 10:25 AM
Ni la namanya pondan sebenar...
Kuat sentap. kau bahan orang boleh, orang bahan kau tak boleh. Acah2 gangster tapi bila kena depan2 terus diam berkutik. Suara kau pun kepit.. Azwan Ali pun kata kau macam pompuan joget. Kau pondan
Quote Carcosa 6-8-2021 10:36 AM
cantthinkofany1 replied at 6-8-2021 10:25 AM
tak adil la macam ni...melantang and dilantang patutnya normal la..

Yesss, sepatutnya mmg gitu. Tapi tidak pd mereka2 yg mcm si Nenas Kerak ni. Me'ols penah sound satu mamat ni, friend meols dlm FB. Kemain lantang sound org sana sini. Satu hari dia sound gambar husband meols. Me'ols naik hantu, dkt FB jugak meols sound dia. Terus dia PM meols mintak maaf and ckp tak maksudkan.
Kkdg org mcm ni, mmg nak kena kasi diorang wake up call. Jgn ingat dia on top of the world
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 10:48 AM
setuju dengan tajuk diatas.
Quote Acikgomen 6-8-2021 10:48 AM
Carcosa replied at 6-8-2021 10:36 AM
Yesss, sepatutnya mmg gitu. Tapi tidak pd mereka2 yg mcm si Nenas Kerak ni. Me'ols penah sound sat ...

Acik lebih minat nak mengupas bawang org kampung chuols yg ckp omputes ittewwww
Quote midori_katana 6-8-2021 10:49 AM
Eleeehh! Dok bagi justifikasi pulak.. org yg suka kondem org ni mmg suka canang dia betui dan tindakan dia tepat.. sekali kena ataih batang hidung sendiri, kelupoq teruih!
Quote irvene 6-8-2021 10:53 AM
adoii malas la nk komen benda yg sama pasal dia ni. pendirian aku tetap teguh pasal ko x berani nk kondem ex bini n ex family in law ko. wekkkkk
Quote haruslah 6-8-2021 10:56 AM
Mat, jgn lupa live isu taukey ayam tu
Ni terbaru isu hang rakam apa?
Ajak geng tau....jijan tu skali
Quote Carcosa 6-8-2021 11:03 AM
Acikgomen replied at 6-8-2021 10:48 AM
Acik lebih minat nak mengupas bawang org kampung chuols yg ckp omputes ittewwww

Bahahhaaaa kan Acik? Kemainn nak pepatah kokosen jugak kekdahnya
Quote Chrating 6-8-2021 11:06 AM
Tolong lah buang jambang
Quote toxicated 6-8-2021 11:14 AM
Mamu pondan
Quote MatDeghem 6-8-2021 11:20 AM
Nak jadi pelumba kereta? nanti dak jebat ni akan jadi macam makcik nya si Lemak Masak Kari  

sekolah tak habis. tak ada kawan. bergaul dgn kunchu2 sskjp saja. hari2 mundar mandir dalam rumah


Quote Orix 6-8-2021 11:21 AM
Sah2 dia ni ponen apa nk heran
Quote Acikgomen 6-8-2021 11:22 AM
Chrating replied at 6-8-2021 11:06 AM
Tolong lah buang jambang

Heshe penah meroyan kat IG sesapa yg bizibodi soh heshe buang jambang, heshe kata ampa suruh laki ampa simpan jambang dulu lepas tu pi beletiaq kat laki seniri utk cukoq jambang
Mebi baby azira sukerrrrrr jambang heshe
Kang beromen nampak belemoih tang jambang tu baru ganazzzzs
Quote AshkieLa 6-8-2021 11:24 AM
elehh main pilih pilih mangsa...
kalau mangsa ko level ikan bilis (mcm vida troyer, topi nasik etc) ... kemain tunjuk taring.
cuba kalau level jerung ke, paus ke... (mcm jah carpet & family).. ade ko nak sound? telur kecut.

aku kenal je org spesis mcm ni..
jenis masuk meeting diam tak berkutik.
Bila bos2 tanya ade ape2 isu feel free to speak up, dia dok geleng2..
pastu bila keluar je bilik meeting.. fuhh dia punya kritik itu tak kena ini tak kena... dia jelah yg betul.
pastu up status FB pung pang pung pang melaser sana sini... sekali org sound, terus koyak sampai tak leh moved on.

Quote twins 6-8-2021 11:24 AM
memang ramai jer manusia mcm ni... dia komen korang hencap orang sampai tak hengat donia... bila org tegur.. jawapan dia , sy ni telus.. tak suka berselindung..inilah saya"... tp bila turn dia pulak kena komen.. tuuuu diaaaa.... melompat sampai ke langit ke 8 tu berapi2 marah ...  awat ?  hampa ja yg nak telus kaaa?  org lain tak boleh telus komen pasai hampa kaaaa.... kalau betui nak telus kena la dua2 pihak.. mana boleh asyik hang jer nak bagi ke orang...... dak gituuuu... ?
Quote twins 6-8-2021 11:26 AM
Chrating replied at 6-8-2021 11:06 AM
Tolong lah buang jambang

semalam dia marah dah weyyy kat ig story dia pasai orang soh dia buang jambang...
dia kata "aku bukan laki hampa ...ikut suka aku la"....  
kalau nak suruh dia buang jambang.. harus kena nikah dulu ngan dia la kot....kikikiki
Quote anony-mous 6-8-2021 11:42 AM
Dgn keluarga mamatini kenapa ko x berani pulak berterus terang??? Dasar pengecut ckp je la

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.102366 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top