CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Perniagaan Beragama Islam Diculik, Mayat Dibakar Polis Filipina

6-8-2021 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3357| Komen: 14

Seorang ahli perniagaan beragama Islam, Nadia Casar didakwa diculik, dijadikan tebusan dan dibunuh sekumpulan anggota polis serta penduduk awam.

Lebih menyayat hati, mayatnya dibakar sehingga rentung dan insiden kejam itu mencetuskan kemarahan penduduk Islam di negara ini, terutamanya golongan wanita.


Jurucakap Suruhanjaya Kebangsaan Islam Filipina (NCMF), Dimapuno Datu-Ramos berkata, pembunuhan Nadia amat tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi suspek yang membunuhnya adalah anggota polis.


Polis mengambil gambar penemuan cebisan mayat Nadia Casar yang rentung selepas dibunuh di wilayah Nueva Ecija, Filipina. - AGENSI

“Komuniti Islam Filipina sudah lama bersabar dengan janji yang dibuat oleh polis untuk melindungi rakyat, tidak kira etnik mahupun agama mereka daripada kegiatan jenayah,” katanya.

Sekurang-kurangnya lima pegawai polis didakwa terlibat dengan kematian Nadia, selain dua orang awam yang dikenali sebagai Franklin Macapagal dan Dario Robarios.


Empat daripada kesemua suspek sudah ditahan manakala tiga lagi dalam buruan pihak berkuasa.

Menurut Kumpulan Anti Penculikan (AKG) Polis Kebangsaan Filipina (PNP), ahli perniagaan wanita berusia 35 tahun itu menempah perkhidmatan pemandu pada 20 Julai untuk membawanya dari wilayah Cavite di selatan Luzon ke Santa Rosa di tengah Luzon bagi melakukan rundingan perniagaan dengan Macapagal.

Selepas mesyuarat itu selesai, Nadia pulang ke Cavite bersama pemandu tersebut dan ketika dalam perjalanan, mereka ditahan sebuah trak pikap serta motorsikal dan lima lelaki bersenjata menculik mereka.

Polis memaklumkan, pemandu itu dirompak lima lelaki bersenjata tersebut sebelum dibebaskan pukul 3 petang pada 21 Julai, manakala mayat Nadia yang rentung ditemukan pada 1 Ogos di  dalam sebuah kubur di Sitio Pinagpala di bandar Palayan.

Polis dapat mengenal pasti suspek selepas pemandu itu memberitahu dia mengecam seorang daripada mereka selepas melihat gambar pegawai polis yang tergantung di balai Santa Rosa.

Pemandu itu juga memaklumkan dia terdengar seorang daripada suspek memaksa Nadia memberitahu keluarganya untuk membayar wang tebusan untuk membebaskannya dan polis mengesyaki wanita itu dibunuh selepas keluarganya tidak mampu membayar duit tersebut.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Mujiv Hataman turut mengutuk pembunuhan tersebut dan menegaskan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat.

“Kes Nadia bukanlah kes terpencil kerana sebelum ini, ramai penduduk Islam menjadi mangsa penindasan serta dibunuh anggota polis. Saya desak PNP hentikan diskriminasi terhadap komuniti Islam,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 6-8-2021 12:13 PM
Celakernya......
Quote jas7512 6-8-2021 12:26 PM
Teringat kes sosilawati..tu oleh peguam..ni oleh polis..the one you hope to.protect you but ended up as freaking enemy..mmg dah x selamat skrg
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 12:29 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.

Sana pun isle jadik threat
Teringat kes polis bunuh mak anak sebab marah anak pompuan dia dek mulut cam shial kurang ajar.
Quote OyenLemas 6-8-2021 12:59 PM
siannya kematian tragis.
Quote immaryjane 6-8-2021 01:10 PM
Ape jadi dgn kes my father is policeman?
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:57 PM
takziah kepada keluarga mangsa. semoga semua urusan dipermudahkan lah
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:58 PM
salam takziah buat keluarga mangsa. semoga dipermudahkan segala urusan
Quote shop_girl 6-8-2021 08:45 PM
Semoga kematian arwah terbela dan Allah timpakan azab pada yg menganiaya arwah..Filipin ni bab2 jenayah dan kekejaman boleh tahan..
Quote mmett 7-8-2021 10:16 AM
Jahatnye la..byk negara menindas muslim…dasar pemikiran kolot
Quote Artemesiaa 7-8-2021 11:20 AM
Kejamnya perbuatan
Quote imanjannah 7-8-2021 11:30 AM
setannnnnya
Quote rosmahisham 7-8-2021 05:47 PM
Jahat giler...semoga korang mereput..semoga dpt pembalasan yg setimpal.tp filipina ni klu kaya pon sng2 terlepas..
Quote syamzana 7-8-2021 06:04 PM
mudahnya bunuh org.
Quote Sunshine81 7-8-2021 06:28 PM
immaryjane replied at 6-8-2021 01:10 PM
Ape jadi dgn kes my father is policeman?

Jawatan bapanya dilucut

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.134270 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top