CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Saya Bukan Luar Biasa" - Ibu Sakit Dorong Hongchan Dapat 3 Kali Perfect 10

6-8-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7370| Komen: 41

Aksi penerjun cilik China, Quan Hongchan yang mempamerkan tiga terjunan perfect 10 dalam acara 10 meter platform individu wanita Olimpik menarik perhatian ramai.

Quan, 14, merupakan atlet termuda China di Olimpik Tokyo 2020 mengumpul pingat emas ke-33 buat negaranya, dengan mencatat mata keseluruhan menakjubkan 466.20 mata.



Kredit foto: IG tokyo2020

Dia menjadi atlet China kedua termuda meraih pingat emas Olimpik dalam acara terjun selepas Fu Mingxia yang mencatat sejarah memenangi pingat emas acara 10m platform di Olimpik Barcelona 1992 pada usia 13 tahun.

Quan ketika ditemu bual agensi berita Xinhua berterima kasih kepada bekas jurulatih dan kedua ibu bapa yang banyak menyokongnya selama ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa kerana menggalakkan saya untuk sentiasa bertenang dan beraksi dengan bebas tanpa mengira sama ada saya mendapat pingat atau tidak,” katanya.


Sebelum kejohanan Olimpik Tokyo, Quan pernah memberitahu media bahawa ibunya sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Perkara itu menjadi dorongan dan motivasi kepadanya untuk berusaha keras menempa nama dalam arean sukan.

“Kos rawatan ibu agak tinggi. Jadi saya rasa harus berusaha menjana pendapatan untuk membantu keluarga,” katanya.

Quan berasal dari Kampung Maihe, Daerah Mazhang yang membesar dalam keluarga petani. Persekitaran hidup yang sukar menjadikan remaja itu kuat berusaha dan dia mula bergiat dalam sukan papan anjal ketika berusia tujuh tahun sebelum meningkat dengan dengan cepat dan menyertai Pasukan Wilayah Guangdong pada 2018.



Menurut jurulatih di Sekolah Sukan Zhanjiang bernama Chen Huaming, atlet cilik itu disifatkan mempunyai semangat juang yang tinggi, kuat berusaha dan berani.

“Saya tidak fikir saya seorang yang luar biasa. Saya kurang bijak dalam pelajaran. Jika anda tanyakan saya soalan (akademik) tiada apa-apa dalam fikiran saya,” ujarnya ketika ditemuramah selepas acara tersebut.




Sumber: Odisi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 6-8-2021 12:33 PM
Semoga berjaya bayaq kos rawatan ibu, dik.

Sebelum kejohanan Olimpik Tokyo, Quan pernah memberitahu media bahawa ibunya sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Quote nazzse 6-8-2021 12:34 PM
Good job Xuan.World class atlet.Panjang lagi masa utk terus menyinar
Quote darkness 6-8-2021 12:36 PM
Another star from prc...kalau quan ni xda, ada dua lagi athlete derang yg sering dapat perfect score
Quote OyenLemas 6-8-2021 12:54 PM
semoga dpt la duit utk rawat mak
Quote MissyMolly 6-8-2021 12:56 PM
Gila cantik stunt dia. Ke sbb dia kecik dan ringan so senang nk beraksi{:question.. mode dengki{:smile
Quote mbhcsf 6-8-2021 12:59 PM
Well deserved recognition.

Bagus  sungguh terjunan dia, kalau gaya macam ni  memang tak boleh dispute perfect 10.

Quote tompie 6-8-2021 01:03 PM
bertabahlah dik. kalau jadik atlet Singapore ke filipina ke Malaysia ke, dah senang hidup ko.
tapi memang respek sangat ah, performance dia sangat bagus dan konsisten.
cuma kesia kalau dia drop form sikit, berpuluh tunggu kat belakang. so dia punye pressure tu mmg tak boleh nak imagine.

Pastu diorang ni kalau tak boleh perform ataupun no longer representing China, mungkin balik kampung jadik petani aje. sambung keje mak pak.
Quote anakmak 6-8-2021 01:24 PM
Wowwwww
Cantik giler posture dia

Quote 7doors 6-8-2021 01:26 PM
Nah..tengok ni atlet Malaysia.
Quote lazim 6-8-2021 01:30 PM
Drg ni mng byk pon bukan dpt duit byk pon.  Mcm lin dan dulu setiap duit kemenangan kena berbahagi plk dgn persatuan,buk persatuan ambik.. Rasanya lee chong wei lg kaya
Quote supernaturalee 6-8-2021 01:32 PM
ape offer gov utk yg menang pingat emas, perak dan gangsa?



Quote Artemesiaa 6-8-2021 01:34 PM
Persembahan terbaik masih amat muda dan masih lebih lama berpeluang terus jadi juara
Quote chaos_sweetly 6-8-2021 02:05 PM
Semoga dipermudah urusan merawat ibunya.Tgk perwatakan dan rupa mmg jelas, Quan ni seorang anak yg tabah.
Quote lwyl 6-8-2021 02:46 PM
Google nama Zhang Shangwu. Kasihan hidup dia.
Quote missus_meow 6-8-2021 02:50 PM
hebat dia ni ... moga terus cemerlang ...
Quote mrsbale 6-8-2021 03:00 PM
She totally deserved the perfect scores

Semoga terus cemerlang wahai atlet
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:53 PM
Good Job.. muda lagi dah bagi gold medal to her country. keep it up
Quote RatuDunia94 6-8-2021 04:46 PM
Bg org China menang Emas tu dh jd perkara biasa gamaknya.. dh xde adrenalin
Quote mejaputih 6-8-2021 05:02 PM
jom adik migrate ke malaysia..pastu wakil malaysia..confirm pembiayaan rawatan ditaja dan dpt rumah free...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.142498 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top