CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seronok 4 Sekawan Nikmati Asam Pedas Dalam Kereta Sampai Disiasat Polis

6-8-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6206| Komen: 48

Empat individu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gara-gara dilihat sedang makan bersama di dalam kereta di Tangkak, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd Fadhil Bin Minhat, pihaknya mengesan sebuah posting dimuat naik di Twitter dan dipercayai berlaku di Kedai Asam Pedas Power perhentian bas Tangkak, Johor.



Kredit foto: Twitter

Ujarnya lagi, satu laporan polis dibuat dan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat kejadian berkenaan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Susulan itu, polis merakam percakapan empat individu terbabit dan kertas siasatan akan dilengkapkan serta dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.



Walau bagaimanapun, polis menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini agar tidak mengganggu siasatan.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 6-8-2021 12:45 PM
kenapaaaa
mestiiiii
semuaaaaa
bendaaaaa
kenaaaaa
masukkkkk
socialllll
mediaaaaaa
hadehhhhhh
Quote OyenLemas 6-8-2021 12:49 PM
perangai sangatttt. upload social media
Quote Vinca 6-8-2021 12:51 PM
Aduh kantoi! Korang ni.. x clean la buat keja
Quote matbad 6-8-2021 12:56 PM
sronok terlebih
Quote lasagnaklcc 6-8-2021 12:58 PM
Naik kereta 4 org pon dah salah. Kalau duduk satu rumah, mkn kat rumah jela. Byk pulak kesalahan diorg sekali arung.
Quote opie5662 6-8-2021 01:07 PM
Sebenarnye skrg ni naik keta bape org yg boleh. Maafla... Dh tak follow segala update mak bapak sop yg memeningkan ni
Quote kasibiman 6-8-2021 01:09 PM
kebodohan apa makan asam pedas dlm kete.

mana kuah tumpahnya.

mana basuh tangannya.

mana tulang ikan nak taruknya.
Quote vespa_oren 6-8-2021 01:11 PM
opie5662 replied at 6-8-2021 01:07 PM
Sebenarnye skrg ni naik keta bape org yg boleh. Maafla... Dh tak follow segala update mak bapak sop  ...

2 jer cuma boleh lebih asalkan x kantoi
Quote anakmak 6-8-2021 01:11 PM
Satu keta sekarang berapa org sebenarnya?

Kalau dah gedik sangat nak show off kat fb
Ikut giliran lah ambik gambau
Sorang2 tukar tunggu kat luar
Asal la suka jemput kecoh korang ni
Quote anakmak 6-8-2021 01:13 PM
opie5662 replied at 6-8-2021 01:07 PM
Sebenarnye skrg ni naik keta bape org yg boleh. Maafla... Dh tak follow segala update mak bapak sop  ...

Hahah
I pun tanya benda yg sama
Sbb  dok gohed gostan sop drpd 2020 sampai now ni
Quote Manjahati 6-8-2021 01:14 PM
Buruknya perangai..x reti2 lg ke kita masih berpkp pkp pkp
Quote LadyCarefree 6-8-2021 01:15 PM
anakmak: Satu keta sekarang berapa org sebenarnya?Kalau dah gedik sangat nak show off kat fbIkut giliran lah ambik gambauSorang2 tukar tunggu kat luarAsal la s ...



2 orang saja melainkan bawa pesakit ke hospital dibenarkan 3.
Quote wajaman 6-8-2021 01:15 PM
sekali imbas aku igt dia tulis Bustard....Bustand rupernya
Quote chandrahusin 6-8-2021 01:20 PM
semua benda nak tayang
mmg lerr mengundang
Quote Skuau 6-8-2021 01:20 PM
cuba la makan dalam tandas..apa da korang.
Quote Artemesiaa 6-8-2021 01:26 PM
Tayang lagi di media social kan dah mendapat
Quote nurkasih74 6-8-2021 01:28 PM
Makan assm pedas jadi terlebih bijak kot..
Quote bottombikini 6-8-2021 01:28 PM
bila dah terbiasa hidup untuk menayang
itu lah padahnye

pekat betul tak campo air langsung ye
Quote b_n_c 6-8-2021 01:37 PM
jgn kisah pasal tanyang,

kisahkan jika empat2 org ni x duduk serumah tp makan bersama2...

klu sekor bwk covid, lg 3 ekor trjsngkit, bawak balik ke family di rumah pulak..sial btl

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073833 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top