CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tolong Selamatkan Bayi Saya,"-Terngiang-Ngiang Ayat Ibu Hamil Yang Ditidurkan

6-8-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1127| Komen: 6

"Tolong selamatkan bayi saya," itu permintaan seorang pesakit Covid-19 kepada Dr Tan Boey Warn, pegawai perubatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Perubatan Anestesiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.


Sehingga kini, Dr Tan, 33, tidak dapat melupakan kata-kata pesakitnya itu yang diungkapkan sebelum ditidurkan atau diintubasi.

Meskipun sudah biasa mengendalikan prosedur itu, Dr Tan mengakui sebak melihat harapan pesakit terbabit yang mahu melihat bayinya selamat walaupun sedang bertarung nyawa.


Foto: PPUM

"Pesakit itu sedang hamil anak kedua dan mengalami Covid-19 yang serius, malah dia sendiri meminta bantuan pernafasan kerana sudah tidak berupaya untuk bernafas dengan baik.


"Keadaan paru-parunya juga agak teruk dan cara pengendalian pesakit itu agak berbeza kerana keadaannya yang hamil.

"Jadi, saya perlu mengeluarkan bayi dalam kandungannya dahulu sebelum meniarapkan badannya untuk diintubasi," katanya.

Sebelum menjalankan prosedur intubasi, Dr Tan berkata, dia perlu menenangkan pesakit dan tugas itu bermain dengan emosi.

"Jika pesakit itu Muslim, saya minta mereka berselawat dan membaca doa sebelum diintubasi.

"Begitu juga dengan pesakit yang menganut agama lain, saya akan beri semangat dan minta lakukan perkara sama (berdoa)," katanya yang mempunyai sembilan tahun pengalaman sebagai pegawai perubatan dengan enam tahun dalam bidang anestesiologi.

Menyedari keresahan keluarga terhadap keadaan pesakit Covid-19, Dr Tan meminta semua pihak memahami dan menaruh keyakinan terhadap pegawai perubatan dan petugas kesihatan.

"Saya mohon pengertian masyarakat dengan kekangan serta kesibukan kami terutama yang bertugas di ICU.

"Keadaan dalam wad ICU Covid-19 sama sahaja, malah kami seperti angkasawan kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.

"Jadi, jika mereka tidak dapat menghubungi wad, bersangka baiklah kerana kita bukan enggan berkongsi perkembangan terkini tetapi ada kalanya tiada masa menjawab panggilan telefon," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mmett 7-8-2021 10:42 AM
Sedihnya…jaga diri semua jangan terleka..moga dijauhkan dr jangkitan covid ni..terutama yang mengandung dan sakit kronik
Quote NaomiFNatasha 7-8-2021 12:42 AM
Sedihnya. Bila lah covid ni nak nyah
Quote RatuDunia94 6-8-2021 04:28 PM
This is really happening... tp ada sesetengah manusia masih percaya this is propaganda
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 03:49 PM
semoga dipermudahkan lah. ramai yg sakit skrg ni
Quote Miss_LoveLeen 6-8-2021 02:53 PM
Oh mai! X leh imagine.. sedihnya berita2 hari ni
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 02:36 PM
mannnnn... this is saddd....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.186660 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top