Zahida Rafik di Instagram mendedahkan kesan dos pertama vaksin Covid-19 menyebabkan dia keguguran rambut. Bagaimanapun, keadaan itu tidak mematahkan semangan aktres cantik berkenaan daripada mendapatkan suntikan dos kedua.
Dalam hantaran video terbarunya, Zahida tertanya-tanya sama ada pengikutnya mengalami simptom sama dihadapinya. "Haritu saya ambila dos pertama. Rambut saya keguguran terlalu banyak, saya takut jadi botak. "Adakah anda mengalami simptom sama seperti saya? Kongsikan apa yang anda lakukan. "Takut nak ambil dos kedua, tapi saya mesti pergi kerana saya perlu jalankan tanggungjawab saya," katanya.
Tidak lupa pada golongan anti vaksin, Zahida menitipkan pesanan mereka bahawa semua orang mempunyai pilihan sendiri. "Kita yang dekat luar tak perlu paksa orang nak ambil vaksin sebenarnya. "Kalau tak suka, terserah pada anda. Tak payah sibuk nak jaga tepi kain orang. "Apapun, kalau mereka dah sedia nanti mereka pergilah. Jangan sibuk pasal orang, okey," katanya.
|
Kurex replied at 6-8-2021 05:23 PM
Lainnya muka heshe
ADVERTISEMENT