CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mejar Jeneral Tertawa Wanita Masuk Tentera Sebab Nak Kekasih Menyesal

6-8-2021 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3484| Komen: 18

Seorang pelatih askar wanita dari Indonesia menjadi sensasi internet kerana berani membuat pengakuan kepada ketuanya bahawa dia menyertai angkatan tentera disebabkan mahu membuatkan bekas kekasihnya menyesal, lapor laman berita Suara.com semalam.


Dalam satu video yang tular, pelatih Korps Wanita Angkatan Darat, Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu dilihat sedang berbaris ketika satu sesi latihan.

Dia kemudiannya dihampiri oleh seorang komander, Mejar Jeneral Hassanudin yang bertanyakan kepadanya soalan mengenai mengapa dia menyertai tentera.


Wanita tersebut dengan bersahaja menjawab soalan komander tentera tanpa ragu-ragu. - dok. Kodam I/BB

“Mengapa kamu masuk tentera?” soal Hassanudin.

“Kerana di sebalik kejayaan, ada seorang bekas kekasih yang menyesal,” jawab wanita tersebut secara bersahaja.

Hassanudin yang pada awalnya menyoal dengan nada tegas lantas ketawa mendengarkan jawapan tersebut.




Video itu dimuat naik seorang pengguna di Twitter dengan ramai netizen yang menyukai jawapan pelatih askar tersebut.

“Mantap. Inilah yang dikatakan pantang menyerah, semangatnya luar biasa sekali,” kata seorang pengguna.

“Menusuk ke dalam hati bekas kekasih,” komen seorang lagi.


Sumber: Kosmo
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 6-8-2021 05:33 PM
video takde ke..herlok nampak perempuan tu
Quote budaktua 6-8-2021 05:37 PM
edayildiz replied at 6-8-2021 05:33 PM
video takde ke..herlok nampak perempuan tu

itu ke pompuan nye..?

takut yg lain je...

Quote edayildiz 6-8-2021 05:40 PM
budaktua replied at 6-8-2021 05:37 PM
itu ke pompuan nye..?

takut yg lain je...

bkn ke
kena tunggu video la ni
haha
Quote I.K.A888990 6-8-2021 07:33 PM
bagus la.dik
Quote MontanaHannah 6-8-2021 08:27 PM
buat sesuatu kerana Allah untuk manusia adalah manfaat untuk ummah


xperlu buat   sesuatu utk mencuit rasa pihak lain

biarkan saja


barang lama usah dikenang ,kalau dikenang merosak jiwa.
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 09:49 PM
suka ko lerrr dek nonnn
moga berjaya
Quote Kryptonius 6-8-2021 10:32 PM
Goodluck sis{:hooray
Quote Meiizu 6-8-2021 10:37 PM
Wkakakakkakjahaha bagus2
Quote eyansss 7-8-2021 12:16 AM
nampak kesyahduan disebalik keselambaan…
Quote sabundettol 7-8-2021 12:24 AM
Moga berjaya lah ya. Ikot lah apa yang motivate kita
Quote airmineral 7-8-2021 07:59 AM
khati2 mantannya
t dia boleh angkat senapang...
Quote Olumis 7-8-2021 08:36 AM
Comel jer..
Quote vespa_oren 7-8-2021 08:37 AM
Tapi aku kenal askar perempuan malaysia, kebanyakan tinggi badan dan fit
Quote Normabaru 7-8-2021 09:36 AM
sebab herlok divideokan laaa.. cer hitam keping mcm landasan epot..komando tu pon xsudi nk gelak. Kikiki
Quote Artemesiaa 7-8-2021 09:42 AM
Kuat semangat sesuai masuk sojar
Quote norawestallen 7-8-2021 01:04 PM
Make him regret sis
Quote batmana 7-8-2021 03:24 PM
apehal  lar cut scene askar tu ketawa...

Quote helicornia 7-8-2021 03:48 PM
takut lps tu dia yg menyesal masuk askar. ex dia tk heran pun dia masuk askar

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.383897 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top