CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Boleh Mati Kalau Tak Bedah Segera, Emma Akma Mohon Sumbangan

7-8-2021 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14506| Komen: 104

Pelakon Emma Akma, 52, disahkan menghidap kanser perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak yang boleh mencabut nyawanya jika tidak dibedah segera.

Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus mengakui dia kini buntu dan memerlukan bantuan bagi menanggung kos pembedahan dianggarkan RM50,000 untuk membuang ketumbuhan itu.



Kredit foto: IG Emma

Ia berikutan Emma terpaksa menjalankan pembedahan itu di hospital swasta memandangkan hospital kerajaan dipenuhi pesakit Covid-19.

"Ini sajalah jalan terakhir saya untuk mendapatkan wang sebanyak itu secepatnya. Kalau ikutkan, saya okey saja untuk buat pembedahan di hospital kerajaan tapi doktor cakap memang mereka tidak dapat lakukannya pada tempoh sekarang.

"Jika saya tak jalani pembedahan secepat mungkin, ketumbuhan itu berisiko untuk pecah dan boleh menyebabkan maut. Jadi, memang sudah tidak boleh ditangguh dan kena buat dengan kadar segera juga," katanya.


Turut terkesan dengan keadaan pandemik sekarang, Emma mengakui duit simpanannya memang tidak mencukupi bagi membiayai pembedahan itu.

"Apa lagi iktihar yang saya boleh lakukan demi mencari wang sebanyak ini? Saya sudah beberapa bulan terputus punca rezeki kerana segala aktiviti seni dilarang.

"Kalau masih boleh bekerja, semestinya saya akan lakukan apa saja untuk mengumpul jumlah itu. Tapi, sekarang saya pun sudah tidak larat berjalan sejak ketumbuhan di perut membesar dan terpaksa berkerusi roda di rumah," katanya.

Pelakon drama Gerak Khas: The Finale itu turut mendedahkan ketumbuhan terbabit dikesan sehari sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini. Bagaimanapun, dia sudah berasa kesakitannya sejak Ramadan lalu.

"Mulanya saya ingatkan sakit biasa saja disebabkan kepenatan. Beberapa kali juga saya pengsan sebelum disahkan menghidap kanser cyst itu sehari sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Ketika itu, doktor mengesan ada ketulan kecil dalam perut saya dan sekarang sudah sebesar bola sepak. Betapa cepatnya ia membesar sehingga menyebabkan kudrat saya untuk bergerak sekarang sangat lemah," katanya.


Emma ketika mendapat rawatan susulan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Emma turut memohon sumbangan ikhlas ramai yang sudi menghulurkan bantuan. Sunbangan itu boleh dibuat menerusi akaun bank Maybank 162209987311 (Noorakma Yunus).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 7-8-2021 04:08 PM
Semoga dipermudahkan urusan.. cyst apa kat peyut?
Quote Thunderclouds 7-8-2021 04:12 PM
Semoga d beri kesembuhan utk kak emma. Satu ja nk tnya,pasaipa xamik insurance? Keja dh lama kut. Amik yg murah2 pn xpa dh. At least ada cover penyakit kritikal mcm ni. Boleh guna pakai trus utk operation instead mintak belas ihsan org.
Quote tagas 7-8-2021 04:16 PM
Nak transfer mb2u

Tp unauthorised plak akaun nya
Quote nura19 7-8-2021 04:30 PM
Semoga dipermudahkan semua urusan nye
Quote Chakila9898 7-8-2021 04:31 PM
iras nye ngan cik rud
Quote Lengkong 7-8-2021 04:35 PM
Semoga dipermudahkan urusan dan ramai yang membantu

Quote anony-mous 7-8-2021 04:57 PM
Kesiannya. Kalau mcm ni i setuju jah derma. Sheol pon xnmpk aktif sgt berlakon n xada menunjuk2 rete. Mgkin duit lakonan ckup2 mkn jah
Quote HappyGumbira 7-8-2021 04:57 PM
allahu, sebesar bola sepak? mcm mana la btahan time sakit dgn cyst sebesar tu. {:question semoga dipermudahkan

btw, harap artis2 ni baca la kesusahan artis2 lain kalau sakit n xde insuran
Quote orkidorkido 7-8-2021 05:00 PM
My mother juga meninggal kerana kanser bulan puasa hari tu. 28 hari saja kami tahu sebelum dia meninggal. Very aggresive cancer. Semoga kembali sembuh kak, kita sama-sama bantu sikit sorang insyallah
Quote anony-mous 7-8-2021 05:00 PM
Thunderclouds replied at 7-8-2021 04:12 PM
Semoga d beri kesembuhan utk kak emma. Satu ja nk tnya,pasaipa xamik insurance? Keja dh lama kut. Am ...

Susah nk ckp. Dlu i ada dkt tmpt uols mmg sng je bertanya. Tp bila i ada dkt tmpt org2 mcm kak erma ni i faham. Bukan murah insuran pon dah 200-300 sbulan skrg ni. I pon ada ambik dlu, tp sejak naik terpaksa stop serta merta.

Mgkin sheol pon ada zmn muda2 dlu, bila dah tua , kena byr byk, job pulak x selebat zmn muda. Klau insurans tu fix amount ok lah kot nk byr. Mcm rumah atau kereta at least amount mmg xberubah. Nk buat perancangan pon sng, ni insurans tiba2 naik. Setahun boleh naik 2 kali. Dah mcm ambik kesempatan pulak
Quote AbukRokok 7-8-2021 05:02 PM
ehh dia ni dulu bukan kaya ke?

org penting uptrend2u bersama ND lala
Quote slyfynx 7-8-2021 05:03 PM
Nape i ialah x bleh transfer kat die?
Quote dino 7-8-2021 05:04 PM
tagas replied at 7-8-2021 04:16 PM
Nak transfer mb2u

Tp unauthorised plak akaun nya

Maybe akaun kena block sbb duit byk masuk tu
Quote kelapaparut 7-8-2021 05:17 PM
ok, mari kite bercerite ttg insurans pulak.. topik kali ini, Insurans dan Artis.
Quote aldinaa 7-8-2021 05:20 PM
dino replied at 7-8-2021 05:04 PM
Maybe akaun kena block sbb duit byk masuk tu

rumit tak process nak unblock tu you? kesian juga.. moga dipermudahkan urusan emma akma
Quote Thunderclouds 7-8-2021 05:22 PM
anony-mous replied at 7-8-2021 05:00 PM
Susah nk ckp. Dlu i ada dkt tmpt uols mmg sng je bertanya. Tp bila i ada dkt tmpt org2 mcm kak erm ...

I see..i see..i minta maaf. I might sound insensitive earlier. I sincerely hope kak emma ni dpt kumpul kos operation dia regardless. Sedangkn syed saddiq yg muda & sihat tu pn sat ja crowd funding utk kes dia inikn pulak utk
bantu org yg sakit.
Quote salmon-suki 7-8-2021 05:26 PM
Menakutkn laa..sakit2 mcm ketumbuhan ni,kita xtaw pn dia ada,tup2 bila jmpe dah besar...mmg merana hidup..

Dgn kobid lg,kesian laa org2 y tak mampu,spital swasta ofkos laa caj mahal..spital gomen dah xleh bt apa2 gara2 kobid..semoga dipermudahkan urusan..

N pasal insurance tu, skrg medical insurance naik 100% yee..org y gaji tak bersentuh,boleh laa continue,y gaji kne tolak,cukup2 mkn,y takde gaji,celah mana nak bayar insurance tiap2 bulan nye? alahaiiii...
Quote nakkomenjugak 7-8-2021 05:34 PM
moga dipermudahkan urusan
Quote freesia71 7-8-2021 05:45 PM
Slalunya org amik  insurans ni tapi bila tak pakai rasa rugi. Lepas tu stop. Masalahnya bila ada sakit lagi payah nak beli balik sbb mmg takkan cover sakit tu.  Dan makin mahal selaras dgn umur.


My advice is beli dan maintain  je lah.  Kalau tak guna pakai jgn rasa rugi. Anggap je lah Allah bagi rezeki kesihatan yg baik that kita tak perlu masuk hospital.  Tapi kalau kewangan tak mengizinkan then tawakal la pada Allah, and ada je lagi hospital gomen.

Semoga urusan akma ni dipermudahkan. Harapnya cepatla baik.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038044 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top