CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dos Pertama Pfizer, Wanita Dakwa Ibu Tersalah Terima Vaksin Sinovac

8-8-2021 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4352| Komen: 26

SIK – Seorang wanita mendakwa ibunya tersalah menerima vaksin jenis Sinovac untuk dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Al Hana di sini pada Khamis lalu.

Menurut wanita terbabit, Nur Jannah Ramli, 30, ibunya, Melur Ahmad, 58, dari Kampung Selamat B di sini telah disuntik vaksin jenis Sinovac bagi dos kedua sedangkan dos pertama daripada jenis Pfizer.

“Di tempat yang sama semasa menerima dos pertama pada 15 Julai lalu, ibu disuntik vaksin jenis Pfizer tetapi kali kedua vaksin jenis Sinovac pula.

Dakwanya, ibunya memaklumkan jururawat tidak melihat kad vaksinasi yang diterimanya semasa menerima suntikan pertama.


Kredit foto: Kosmo

“Bapa saya, Ramli Taib, 57, yang menemani ibu ketika itu memberitahu saya mengenai penerangan pegawai tersebut tentang campuran vaksin yang digunakan oleh negara luar dan jika ada kesan segara hubungi pihak hospital untuk tindakan segera.

“Setakat hari ini, ibu beritahu dia sihat dan tiada sebarang kesan yang memudaratkan dan tidak mahu memanjangkan kes itu,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 8-8-2021 01:18 PM
kalau manufacturer sendiri pernah membuat klinikal trial dan apa bentuk kajian dgn mencampurkan vaksin mereka dgn vaksin manufacturer lain maka i rest my case.


Quote ellejo 8-8-2021 01:20 PM
bila bab campur vaksin pandai kata ikut luar negara.
kenapa tak ikut luar negara juga yg dah melonggarkan sop dan segala mak nenek sekatan terhadap org yg dah vaksin?

cherry pick dan double standard sungguh la.
Quote Samerosie 8-8-2021 01:21 PM
Ok ini aku tak faham.  Kalau dah tahu kenapa kau bagi juga lengan kau tu.  Back off je la masa tu.  Sekarang ni nak buat apa dah masuk badan.  Pastu nak viral.  Pelik aku bani melayu.

Quote Samerosie 8-8-2021 01:23 PM
Anway kalau kaka ni ended up sihat walafiat, dia jadi precedent la kat Malaysia.

Kalau tak, she will end up in Blast punya thread.  Either way dapat nama.
Quote zehra2 8-8-2021 01:25 PM
ni terjadi pd mak aku.. 1st sinovac. 2nd pfizer dlm kad digital mcm tu.
tp bila aku tanya semula, nurse ckp dia salah masukkn code vaksin.
tp pd kad yg bertulis tu, dua2 tulis sinovac.
sampai skrg dlm mysejahtera, vaksin mak, tulis sinovac & pfizer.
Alhamdulillah dah lbh 3 mggu.. mak okay je.
doa je yg baik2..
Quote mclaren 8-8-2021 01:34 PM
ellejo replied at 8-8-2021 01:20 PM
bila bab campur vaksin pandai kata ikut luar negara.
kenapa tak ikut luar negara juga yg dah melon ...

With all due respect ellejo nak minta maaf kepada awak dan members yang lain yang dah dua dos lengkap suntik vaksin, kelonggaran SOP tu saya tak setuju buat sekarang.

Sebab yang dah lengkap 2 dos bukan duduk dalam bubble. Akan ada bertembung cara tak sengaja dengan yang lain2 yang belum lengkap dua dos dan yang belum satu dos pun.

If nak pakai teori yang campur jenama vaksin ni ikut luar negara maka longgar SOP pun kena ikut luar negara, ingatlah yang sekarang USA tengah kelam kabut balik dengan kes2 naik mendadak sampai lebih 100k new cases daily now lepas bagi kelonggaran SOP sebelum ni.
Quote edoraixora 8-8-2021 01:38 PM
Kena tengok kad vaksin, kalau betul berbeza, mmg kena query lah kt pihak berwajib.
Mak aku pun sama kes, kat sijil vaksin, vaksin dos 1 pfizer, dos 2 sinovac. Tapi di kad vaksin sama jenis pfizer.
Staf mysejahtera tu buat keje sambil lewa. Dah raise issue ni kat helpdesk, nan hado di respon.
Jangan sampai kita emel ke pihak atasan, baru nk bertindak.
Quote merrissa 8-8-2021 02:25 PM
edoraixora replied at 8-8-2021 01:38 PM
Kena tengok kad vaksin, kalau betul berbeza, mmg kena query lah kt pihak berwajib.
Mak aku pun sama ...

viral kan jela
Quote Kitty_catz 8-8-2021 02:29 PM
zehra2 replied at 8-8-2021 01:25 PM
ni terjadi pd mak aku.. 1st sinovac. 2nd pfizer dlm kad digital mcm tu.
tp bila aku tanya semula, n ...

amin..moga mak chuols tak apa2
Quote tipahketipung 8-8-2021 02:30 PM
edoraixora replied at 8-8-2021 05:38 AM
Kena tengok kad vaksin, kalau betul berbeza, mmg kena query lah kt pihak berwajib.
Mak aku pun sama ...


Thank dik. Akak nk check skrg jugak!!
Quote kechikchomel 8-8-2021 02:33 PM
iolss masa 2nd dose last week doc tu tanya. "awak tau kan awak dapat apa harini?" iolss cakap la sinovac 2nd dose. pastu doc tu pun ok, dia tunjukkan botol, syringe tu sume. dia suruh iolss tgk dia cucuk lagi
Quote edayildiz 8-8-2021 02:34 PM
kalau ok..ok la tu kn..tp i tamo campur2..kalau tahu xsama brand i tamo bg bahu
oh ye kembar i cocok pfizer...mmy yela tetek jd kembang she cakap
Quote zehra2 8-8-2021 02:36 PM
Kitty_catz replied at 8-8-2021 02:29 PM
amin..moga mak chuols tak apa2

masa kat ppv tu.. doktor hospital dtg jumpa minta maaf.
aku diam je lah sbb tk kan nk jerit2..
sampai laa ni kot buka mysejahtera.. gitu je la dua jenis vaksin.. tk boleh ubah dah agaknya.
Quote Kitty_catz 8-8-2021 02:44 PM
zehra2 replied at 8-8-2021 02:36 PM
masa kat ppv tu.. doktor hospital dtg jumpa minta maaf.
aku diam je lah sbb tk kan nk jerit2..
...

takkan tak boleh ubah

app rm70juta tuu.. kut app rm70 takpe la jugak....
Quote kemaruk 8-8-2021 02:49 PM
Samerosie replied at 8-8-2021 01:21 PM
Ok ini aku tak faham.  Kalau dah tahu kenapa kau bagi juga lengan kau tu.  Back off je la masa tu.   ...

bani melayu yang ramai kerja KKM tu yang buat silap


Quote Samerosie 8-8-2021 02:49 PM
kechikchomel replied at 8-8-2021 02:33 PM
iolss masa 2nd dose last week doc tu tanya. "awak tau kan awak dapat apa harini?" iolss cakap la sin ...

Betul chuol.  SN tu confirmkan dgn I before cucuk vaccine apa.  Kalau tiba2 dia kata Moderna ke eh terus la iol tarik lengan no no no gitu.

Lagipun ada ke ppv yg offer 2 different vaccine at the same time?
Quote Samerosie 8-8-2021 02:52 PM
kemaruk replied at 8-8-2021 02:49 PM
bani melayu yang ramai kerja KKM tu yang buat silap

Bani melayu yg offer lengan tu pun silap.  Lepas tu nak merentan.  

Sekali tengok2 kat kad memang betul sinovac, yg mysejahtera je silap ha kan dah malu.
Quote kechikchomel 8-8-2021 02:55 PM
Samerosie replied at 8-8-2021 02:49 PM
Betul chuol.  SN tu confirmkan dgn I before cucuk vaccine apa.  Kalau tiba2 dia kata Moderna ke eh ...

iolss kat bangi golf resort. kat BGR tu ada 2. satu yg HCO satu KKM. kalau KKM tu pfizer. kalau HCO tu sinovac. tapi yg KKM tu dah pindah g tempat lain sejak 26/27 julai haritu.
Quote kemaruk 8-8-2021 02:57 PM
bodohnya ko

misi tu dapat gaji.. tanggungjawab dia.. kepakaran dia

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037921 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top