Ahli kumpulan K-Clique, MK menyifatkan pelajar zaman sekarang cukup beruntung kerana terdapat pelbagai kaedah untuk menimba ilmu lebih-lebih lagi dalam keadaan serba mencabar kini.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkata, dia cukup cemburu kepada pelajar sekarang yang nikmat bakal diraih pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pembangunan pelbagai aplikasi pembelajaran. "Pelajar SPM zaman sekarang boleh saya katakan cukup beruntung kerana kehadiran aplikasi pembelajaran khas ini menjadi medium terbaik untuk memudahkan proses mencari dan menambah ilmu. "Tambah pula dalam keadaan di mana kita sedang membiasakan corak menuntut ilmu atas talian secara total kerana situasi semasa pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.
"Bagi saya juga, corak pembelajaran dulu dan sekarang pasti ada beza. Kita sentiasa bergerak mengikut perubahan zaman dan arus semasa. Jujur memang saya sedikit mencemburui pelajar SPM saat ini kerana mereka boleh belajar dan mengakses ilmu bila-bila masa dan di mana saja dengan aplikasi ini," katanya selaku duta pusat tuisyen PTTI.
|
Aplikasi tersebut dilancarkan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman di studio Hitman Group, Shah Alam pada Sabtu.
najib888 replied at 8-8-2021 02:08 PM
Lagi mudah sesuatu benda, lagi malas seseorang manusia tu..yg melalui zaman susah je yg tau bersyuku ...
tunangku replied at 8-8-2021 03:05 PM
teringat og bil nak dekat 1000 mak kena bayar
gara gara main dial up 1515 ke apa nombor internet ...
ketupatnasi replied at 8-8-2021 06:15 PM
Zaman ni iols baru kije. Kan mahen bunyik mendail jaring tu jiran sebelah pun bole dgr. Hse mate s ...
ADVERTISEMENT