CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tahi Dadah- Isteri Dan 4 Anak Kelaparan, Hanya Kongsi Makan Mi Segera

9-8-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4123| Komen: 32

GOMBAK - Seorang ibu bersama empat anaknya terpaksa berkongsi makan mi segera bagi mengisi perut mereka yang kelaparan.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia.


Kesukaran hidup wanita dipanggil Puan Farah itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Facebok beliau pada Ahad.

Menerusi perkongsian itu, Zulkifli berkata, telah ke rumah wanita tersebut bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Setiausaha MAIWP dan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk salurkan bantuan.


Foto: Sinar

Menurutnya, Farah menguruskan anaknya berusia dua hingga 6 tahun bersendirian selepas suaminya ditahan kerana menagih dadah.

"Alhamdulillah, MAIWP telah luluskan beberapa skim bantuan kepadanya sekeluarga disamping wang tunai.

"Gembira anak-anaknya dapat merasa susu formula yang lebih sesuai dan berkhasiat.

"Saya doakan semoga Puan Farah terus tabah.

MAIWP dan para pembayar zakat sentiasa ada bersama-sama puan. Insya- ALLAH anak-anak ini semuanya akan berjaya," menurut kenyataan pada Ahad.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat dan bantuan yang disalurkan itu adalah amanah pembayar yang Baitulmal tunaikan. -CARI

Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerlympics 9-8-2021 10:50 AM
Pak menteri pun makan megi la....nikmat yg mana yg kau nak kufuri?

kahkahkahkah
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 10:58 AM
lebih seronok agaknyaa ya jadik hamba dadah dari jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab
apa pedulik kan minik anak2
pandai2 laa hidup sendiri kekdahnya
tak guna punya laki.
Quote Rdizz 9-8-2021 11:04 AM
Betullah org ckp sampah masyarakat sbb diri sendiri pun x boleh jaga, anak isteri pun tak boleh bergantung kpd dia, tapi tu lah kita tak tahu liku hidup seseorang, Allah uji dgn berbagai cara, cuma secara umum, jgn lah libatkan diri dgn dadah yg membinasakan.
Quote uori 9-8-2021 11:28 AM
kawasan rumah aku ada ramai. asal bini dapat bantuan, laki baru nampak muka. siap ada sorang tu, bini keje, pastu kena bayar gaji laki dok rumah jaga anak RM700 sebulan, habuan untuk dia beli dadah. anak2 kat rumah hari2 keje beli maggie kedai runcit nenek aku. beranak macam tikus tapi kesian jugaklah sebab anak darjah lima kalau datang beli barang, nak kira duit pun tak tahu. dan bebudak ni duduk dalam rumah ada tiga famili dan tiga2 ada bapak taik dadah dengan pelbagai kisah susah nak dihadam
Quote papadomku 9-8-2021 11:29 AM
Banyak sangat dah kes macam ni. Kalau boleh elakkan kahwin dgn taik dadah ni. Nanti dah ada anak, lagi susah. Datang kepala tingtong taik dadah ni, bunuh orang pun dorang sanggup.

Tak faham jugak aku dgn orang yg makan dadah ni. Macam mana blh terjebak ye? Maaflah aku taktau sebab tak pernah ada orang sekeliling yg terlibat dgn dadah. Kalau kata sbg escapism dari masalah, dadah ni bukan ke menambahkan lagi masalah?
Quote otai_g 9-8-2021 11:41 AM
papadomku replied at 9-8-2021 11:29 AM
Banyak sangat dah kes macam ni. Kalau boleh elakkan kahwin dgn taik dadah ni. Nanti dah ada anak, la ...

Kebanyakan kes cuba2. Tp bnd ni sekali da cuba susah nak tinggal.
Keenakannya hanya org yg pnh merasainya sj yg tau. Yg x pnh rs mmg x paham.
Ckp senang la srh berhenti. Tp berhenti dia x semudah mcm hentikan kenderaan kat traffic light.

P/s: aku bkn penagih dadah yer.
Quote prettyuglybabe 9-8-2021 11:45 AM
janji dia berlaki..
kejayaan besar dah tu..

Quote gigahertz 9-8-2021 11:47 AM
nakkomenjugak replied at 9-8-2021 02:58 AM
lebih seronok agaknyaa ya jadik hamba dadah dari jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab
apa pedu ...

Orang laki gitu la
kalau mindset tu takde mission
mmg jadi rosak.
kalau ada mission
jadi mcm kat Laut China Selatan
Quote jazaa100 9-8-2021 11:51 AM
Knp dia nk simpan lg laki taik dadah?....
Klu dia beecerai, lebih senang hidup dia...duit utk diri sendiri & ank ank.....

Pi je kat baitulmal,mcm mcmkemudahan disediakn,nk meniaga, baitulmal bg modal....nk mnjahit, baitulmal tunjukkn jalan....tapi klu masih berlaki taik dadah ni, nk buat apa pun tak blh....

Ada duit sikit utk susu ank, hbis dirembat dek laki taguna tu....

Aku tak paham org yg tak blh pikir kebajikan masadepan ank ank....

Dahlah.....malas nk kecam, kang nmpak aku kejam lak.....
Quote manehnya 9-8-2021 11:54 AM
Bapaknya tu, bika tua

Duduk bawah jambatan, melarat tepi jalan, mula la ckp anak derhaka la apa la... Buta peqot!!!
Quote brownstone 9-8-2021 12:06 PM
papadomku replied at 9-8-2021 11:29 AM
Banyak sangat dah kes macam ni. Kalau boleh elakkan kahwin dgn taik dadah ni. Nanti dah ada anak, la ...

Macam iklan AADK tu...suami normal mulanya tapi sebab tekanan kerja ambil dadah. Mana la bini dia tahu akan end up begini.

Benda ni tak mengejutkan melihatkan dia duduk di rumah PPR.

Org duk PPR ni majoriti kerja gaji minimum Rm1200, keje 6 hari seminggu. Rehat tak cukup. Quality hidup tak ada. Stress memanjang.

Tambahan mereka dikumpulkan disatu kejiranan yg sama iaitu PPR. Masing2 tgk muka sedih masing2. Tak ada inspirasi...

Menteri dtg nak buat public stunt. Pastu blah. Kalau ikutkan PPR ni lubuk melayu muslim miskin ..kenapa majlis agama tak buka pusat tarbiyah, kaunseling akidah, sosial dan ekonomi je kat situ???

Tapi kalau datang paderi satu kali ka...x cukup tanah macam lipas kudung dikejar2 org majlis agama dtg menempelkan muka dgn segala bantuan, sebuk nak tunjuk buat keje.
Quote gigahertz 9-8-2021 12:14 PM
papadomku replied at 9-8-2021 03:29 AM
Banyak sangat dah kes macam ni. Kalau boleh elakkan kahwin dgn taik dadah ni. Nanti dah ada anak, la ...

sebab puncanya satu : Kos sara diri .

Kenapa ada orang jual dadah ? Sebab demand tinggi untung tinggi.

Kenapa ada orang hisap dadah ? sebab takde pekerjaan. Jawatan
Cashier , Promoter pun majikan nak perempuan sahaja .

Apsal tak cuba meniaga ? Sebab modal takde. nak meniaga
tepi jalan nak kena ada lesen. nak bukak kedai . tak mampu.
nak pinjam bank tak lepas. nak gadai takde harta di gadai.

Kenapa majikan nak hire perempuan je ? Sebab
perempuan tak banyak bunyik. ikut je.

Stok dadah mana dapat ? Dari negara jiran.
bayar tukang jaga sempadan. lepas la.

Kalau u ada adik lelaki , Anak lelaki , Abang , Bapak , Suami
kena pastikan mereka-mereka ini busy dan ada bende yang boleh
dibuat. menukang ke meniaga ke .kalau di biarkan gitu je
( tak nak sekolah x nak belajar x nak itu x nak ini )
mmg dadah tu jadi next door je.

Orang perempuan dia ada beauty & Brain.
Walaupun perempuan tu tua tapi ada brain boleh hidup.
Walaupun perempuan tu muda tapi beauty boleh hidup.
Orang lelaki cuma ada Brain Sahaja.
Kalau muda muda brain dah rosak akibat dadah & pengangguran
hari hari tua tua mmg nauzubillah.

#Iadalahseoranglelaki
#saynotopengangguran



Quote gigahertz 9-8-2021 12:20 PM
brownstone replied at 9-8-2021 04:06 AM
Macam iklan AADK tu...suami normal mulanya tapi sebab tekanan kerja ambil dadah. Mana la bini dia  ...

tu pasal i anti-rumah-pprt.
sebab saiz rumah tu terhad.
rumah kecil. tanah extra takde.
x boleh bela ayam / itik / kambing / lembu
nak menukang tak boleh.
kalau ada swimming pool boleh jugak berenang.


PPRT/Flat/Condominium/Apartment/Studio is killing produktiviti.

Quote cmf_premierleag 9-8-2021 12:22 PM
yg bini pun tak reti2 ke minta cerai
ke konsep asalkan berlaki?
Quote ninja boy 9-8-2021 01:37 PM
Kesian Malaysia ni,  sekolah semua pi sekolah,  dadah pun x pandai tepis, bukan takde clinic badan yg pulihkan penagih, bukan xde gengster langgar lari or kidnap humban sungai kaki ikat batu berat
Quote jas7512 9-8-2021 01:45 PM
Klu gini bkn ke lg ramai lelaki yg masuk neraka....klu kata sbb tekanan hisap dadah..maka kau mmg x guna sbg anak jantan..ada masalah ckit je cr escapism..klu kata sbb duit..lg lah kau mmg jantan xde guna .bkn hisap dadah lg  kn kuarkan duit..img hrp ada undang2 yg akan menjatuhkan hukuman mati kat pemghisap dadah tegar..hidup pun serupa zombie..baik mampus dan x nyusahkan sesiapa...i rela msia krg lelaki dr lelaki x guna dibiarkan hidup
Quote ninja boy 9-8-2021 01:46 PM
Tu mak pak manjakan anak lelaki,  makan disuap, baju pakai disediakan,  serupa jaga oku kudung kaki tangan baik humban dalam sungai aja,  ambik dadah, merayau merempit sana sini mak pak X mau kasi lempang. penagih remaja Dan tua bangka sampai kena dijaga polis guard mak pak Jiran sibling guru 20 org kena jaga, baik tangkap humban sungai
Quote vee_zara 9-8-2021 02:53 PM
Tolong laaa. Dah tahu berlaki tahi dadah stop la mengandung bila anak dah 2.. kesian anak2 tu weh.
Ada beza tau anak 2 dengan anak 4 orang. I tengok ibu tunggal anak 2 relaks2 je aman2 je hidup walupun susah.
Quote belacan_gurl 9-8-2021 02:55 PM
Bila tgk yg lakinya tahi dadah....kesusahan utk anak2 tu ...aku x sanggup btoila..sepatutnya larangan utk mereka yg kaki dadah utk berkahwin diperketatkan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.123083 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top