|
ARIZONA: Seorang wanita mendakwa menemukan piring terbang milik makhluk asing di laman belakang rumahnya di Arizona, Amerika Syarikat (AS). Lapor Daily Star, Ally Murray memuat naik gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam akaun TikToknya sehingga meraih tontonan 2.5 juta kali.
“Jika ada sesiapa daripada Conspiracy TikTok di sini, saya ingin maklumkan ada perkara menarik kerana sudah menemui UFO di belakang rumah. “Saya rasa makhluk asing mengambil keputusan meninggalkan piring terbang berbentuk bulat di sini,” tulisnya. Menerusi klip video itu, Murray berusaha meneliti objek berwarna kelabu tersebut sambil bertanyakan warga maya mengenai fungsi UFO tersebut.
Kebanyakan pengguna media sosial mempersoalkan mengenai penemuan objek tersebut dan ada beranggapan ia hanyalah dua piring satelit lama yang dicantumkan semula. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037456 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.