CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam 10 Penumpang Kereta Api Kerana Marah Nampak Wanita Bahagia

9-8-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1945| Komen: 8

Seorang lelaki dipercayai mencederakan 10 individu dalam serangan menggunakan pisau di dalam kereta api awam Tokyo pada Jumaat lalu memberitahu polis dia berasa marah setiap kali terlihat wanita yang kelihatan bahagia dan mahu membunuh mereka, lapor media Jepun kelmarin.


Polis menahan lelaki berusia 36 tahun itu di kawasan lain sekitar Tokyo selepas dia menikam penumpang dalam serangan sekitar 8.40 malam (waktu tempatan) pada Jumaat dalam kereta api Laluan Odakyu di bahagian barat kota itu.

Seorang mangsa, mahasiswi universiti cedera teruk, manakala wanita lain cedera ringan.


Kredit foto: CNN

"Saya terasa seperti mahu bunuh sahaja wanita yang kelihatan gembira sejak enam tahun lalu. Siapa-siapa sahaja boleh. Saya cuma nak bunuh seberapa banyak orang," kata lelaki berkenaan.

Sumber siasatan turut memetik kata-kata lelaki itu bahawa: "Saya datang ke sini untuk membunuh pasangan yang kelihatan bahagia dan wanita selepas diejek di majlis sosial dan pelawaan pernah ditolak di aplikasi temu janji".


Katanya, dia menyangka dapat membunuh ramai orang pada kejadian berkenaan kerana tiada ruang untuk melarikan diri, lapor Kyodo News.

Jurucakap polis tidak mempunyai sebarang maklumat lain mengenai kes ini.

Jenayah ganas bukan satu kebiasaan di Jepun tetapi terdapat serangan menggunakan pisau oleh penyerang yang tidak dikenali mangsa.

Pada Jun 2008, seorang lelaki dalam trak merempuh pejalan kaki di kawasan terkenal Akihabara sebelum meloncat keluar dari kenderaan itu dan menikam mereka dengan tujuh orang dilaporkan mati akibat kejadian ngeri itu.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 9-8-2021 12:54 PM
social illness skrg.. mental torture & depression
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 02:14 PM
nahhhh thats some incel ish
Quote CikYaYaYa 9-8-2021 02:19 PM
Perempuan mna laa yg rejek dia nie.. smpai jadi mental yang menyusahkan org.. Sumbat jelaa org mcm nie dalam spital bahagia. Biar dia berbhagia kat situ
Quote Supersirap 9-8-2021 04:53 PM
Mental benar orang ni, semoga diberikan kesembuhan dan dapat menjalani hukuman dengan aman
Quote annehuda 9-8-2021 04:59 PM
tak direject nnt girlfriend die pulak jadi mangsa
Quote Fortiori02 9-8-2021 11:24 PM
Ni mamat psiko ni, org hepi nak dengki2 pulak.
Quote dani-rox 10-8-2021 01:18 AM
dia patut masuk Cari forum versi Jepun utk release tension, mcm poremer2 jantan incel kat sini. post jah apa2 yg berkonsepkan misogyny dan anti pompuan, akak tumpang gelak jah
Quote edayildiz 10-8-2021 01:22 AM
mental..bahayanya org gini kalau wujud kt malaysia

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051344 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top