CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Seminggu Kahwin, Suami Langgar Isteri Lepas Hentak Kepala Dengan Batu

9-8-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4015| Komen: 24

Jabatan Siasatan Jenayah Polis Taif menahan seorang lelaki didakwa membunuh isteri yang baru dikahwininya dengan kejam.

Lapor Saudi Gazette, suspek didakwa membunuh isterinya dengan menghentakkan batu ke kepala wanita itu sebelum melanggarnya dengan kereta.


Menurut polis, insiden menyayat hati itu berlaku seminggu selepas pasangan tersebut berkahwin.


Kredit foto: Saudi Gazette

Kejadian berlaku ketika suspek berusia 30-an dalam perjalanan pulang dari sebuah daerah bersama isterinya ke Taif.

“Ketika dalam perjalanan, suspek tiba-tiba menghentikan kereta, menolak keluar isterinya dan menghentak kepala wanita itu dengan batu.

"Kemudian, suspek melanggar mangsa dengan kereta dan melarikan diri,” menurut sumber polis.

Polis dan pasukan paramedik dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang ramai yang menemukan mangsa berlumuran darah di tepi jalan.


Wanita itu dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Polis kemudiannya memburu suspek sebelum lelaki itu menyerah diri di al-Zima iaitu kawasan berhampiran Mekah.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-8-2021 01:41 PM
lohhhhhh
dah kenapa bunuh isteri tu???
haihh fitammmm
Quote nononcrux 9-8-2021 01:42 PM
aduhai, malang tak berbau maut ditgn suami.. kesian suami mental gamaknya
Quote imransulaiman 9-8-2021 01:54 PM
OK, ini pelik. Harap ada cerita lebih lanjut
Quote Decaffeinated 9-8-2021 02:04 PM
takde dara ka?

Quote ellejo 9-8-2021 02:28 PM
harap keluarga perempuan tak ampunkan beliau. teruskan death penalty!
Quote CikYaYaYa 9-8-2021 02:32 PM
Perhh kejam nya si jantan nie... Apa kes laa agaknya sampai mcm tu sekali dia buat kat bini dia tu..?
Quote sue_liah 9-8-2021 02:40 PM
kawin dengan lelaki gila ke apa
Quote norawestallen 9-8-2021 03:36 PM
Macam takde perasaan langsung
Quote batmana 9-8-2021 03:45 PM
mmg, kene hukum pancung la kat sana
Quote dusunmind 9-8-2021 03:53 PM
sot. kenapa ko buat bini ko bgtu. ko tiada hak utk buat begitu!
Quote Firenzza 9-8-2021 03:56 PM
Cerai je la, kawin lain klau dh x berkenan dgn bini ko.....x pasal2 kna hukum pancung dpn public....
Quote Supersirap 9-8-2021 04:51 PM
Di mana sifat kasih sayang sesama manusia sebagaimana yang diunjurkan dalam ajaran Islam?
Quote slyfynx 9-8-2021 05:20 PM
Lama x dgr nama Taif.
Igt dulu belajar dalam pendidikan Islam je
Quote tumpanglalu74 9-8-2021 05:25 PM
What makes a groom kill his bride?  Probably tak pueh hati dengan rupe paras setelah bayor mahar mahe..  Sana aku dengor marhaen pon RM100k kan?  Bapak juey anak.  Deme sanggop anak tak kawen dari juey murah2..  Zantan sana pon sangap sampe jadi perogol.  

Kan banyak kes puteri2 ereb yang kene kurong dalam yestane tu kan?  Memang raje2 ereb ney takmo lepehkan anak deme kawen dengan orang tak berduit..  Mengandartu sampe mati pon takpe.
Quote imanjannah 9-8-2021 05:32 PM
mmg gila la ko ye
Quote cmf_premierleag 9-8-2021 05:41 PM
tumpanglalu74 replied at 9-8-2021 05:25 PM
What makes a groom kill his bride?  Probably tak pueh hati dengan rupe paras setelah bayor mahar mah ...

sblm ni kan ada kes puteri ereb lari dr yestana
sheols siap naik kapal dah nak masuk perairan sempadan antarabangsa negara India ke sebegitu
pastu patrol ereb pi kejor dia bwk balik ke dubai sbb bapak dia la suruh
smpi je dubai, terus kene kurung
apa nama dia ntah...x ingat.penah kuar tred kt CI ni
Quote Fortiori02 9-8-2021 10:43 PM
Kejamnya pak arab ni
Quote Fortiori02 9-8-2021 11:00 PM
cmf_premierleag replied at 9-8-2021 05:41 PM
sblm ni kan ada kes puteri ereb lari dr yestana
sheols siap naik kapal dah nak masuk perairan sem ...

Princess Latifa tak silap nama dia. Kakak dia pun penah cuba lari sblm tu, tp kena tangkap semula oleh kuncu2 bapaknya. Mak tiri dorang Princess Haya je rasanya yg dpt lari dr Dubai tu. Princess Latifa & kakak dia still ada kat Dubai.
Quote Ayda89 10-8-2021 01:06 AM
Baru seminggu kahwin terus ko arwahkan bini ko… ape ke gila nya…

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063885 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top