CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,065 Kanak-kanak Di Indonesia Maut Akibat Covid-19

9-8-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1849| Komen: 5

Seramai 1,065 kanak-kanak di Indonesia maut akibat pandemik Covid-19, sekali gus berkemungkinan mencatatkan rekod kematian tertinggi melibatkan golongan itu  di dunia. 

Bilangan kematian semakin meningkat ketika gelombang kedua membadai dengan 100 kes kematian direkodkan setiap minggu sejak Julai lalu. 


Ketua Masyarakat Pediatrik Indonesia (IDAI), Prof Aman Pulungan berkata, situasi itu menggambarkan keadaan yang tidak baik sedang berlaku, lapor CNA. 

Katanya, 207,000 kanak-kanak dijangkiti penyakit itu dengan 90,000 daripada mereka disahkan menghidap virus sejak 14 Julai lalu. 


PETUGAS bersiap sedia mengebumikan mayat Covid-19 yang dibawa dengan ambulans dari hospital ke tanah perkuburan di Bekasi, Jawa Barat. -AFP

Jelasnya, sebanyak 12.5 peratus daripada kes positif yang disahkan melibatkan golongan kanak-kanak.


Bagaimanapun, beliau berkata, data yang ditunjukkan tidak semestinya menunjukkan keadaan sebenar kerana ujian pengesanan Covid-19 masih rendah antara 100,000 ke 200,000 sehari.

Pakar menzahirkan kebimbangan lebih ramai kanak-kanak akan mati kerana kes keseluruhan sudah mencecah 3.6 juta dengan 104,000 kematian. 

Oleh itu, negara yang mempunyai 270 juta penduduk perlu mengambil tindakan segera bagi mengekang lebih banyak kematian.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, varian Delta merupakan varian utama bagi kebanyakan kes wabak di Indonesia. 

Namun, Prof. Aman berkata, belum jelas sama ada ia adalah punca utama kenapa kematian dalam kanak-kanak semakin bertambah.  

Katanya, sistem kesihatan turut dilanda masalah kerana tidak mampu menampung lonjakan jangkitan virus itu. 

“Sekiranya dalam masa sama, semua orang sakit dan sistem kesihatan lumpuh serta tiada katil mencukupi untuk kanak-kanak, bayi, jadi apa yang perlu dilakukan?” soalnya. 

Timbalan Ketua organisasi Save The Children di Jakarta, Tata Sudrajat menjelaskan terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada kes kematian kanak-kanak akibat virus maut.

Katanya, faktor itu adalah kurang zat makanan, akses penjagaan kesihatan serta pematuhan terhadap protokol kesihatan. 

“Sejak pandemik bermula tahun lalu, kanak-kanak Indonesia adalah golongan paling tinggi yang belum divaksin, kesihatan kritikal dan kurang nutrisi yang menyebabkan risiko jangkitan serta kematian,” jelasnya.

Menurut Tata, bilangan kanak-kanak yang berjangkit bergantung kepada bilangan dewasa yang dijangkiti Covid-19 kerana banyak kes merupakan kontak rapat ibu bapa sendiri. 

Beliau malah menjelaskan sekiranya ada ahli keluarga yang dijangkiti dan melakukan kuarantin kendiri, ahli keluarga lain turut berada dalam risiko kerana keadaan di rumah yang tidak sesuai bagi pengasingan diri.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 9-8-2021 06:02 PM
innalillah... now yg muda2 pn dah lg bnyk dpt C19
Quote lurve82 9-8-2021 07:46 PM
Kanak2 dkt sini pun blm vaksin lg..
Quote noor2 12-8-2021 03:19 PM
Nj shin...@OshinHoney
Quote noor2 12-8-2021 03:20 PM
Ni Shin...@OsHiN_hOnEy
Quote OsHiN_hOnEy 12-8-2021 04:14 PM
noor2 replied at 12-8-2021 03:20 PM
Ni Shin...@OsHiN_hOnEy

ye sama yg shin paste tu
melibatkan kanak2 di bawah umur 5 tahun
sana pun kesan penutupan ekonomi
menjejas teruk pada kesihatan
disebabkan kekurangan uang utk membeli
makanan yg bergizi kaka

ex maid shin dah 2 minggu warded disebabkan
covid, dia dah blk 2 years ago

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.034233 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top