CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tersentak! Siti Sarah Belum Divaksin, Paru-Paru Penuh Virus COVID-19“ - Shuib

9-8-2021 10:21 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 59229| Komen: 681



Pelawak dan ahli perniagaan, Shuib Sepahtu yang baru kehilangan isteri tercinta hari ini mengakui Allahyarham Siti Sarah Raisuddin belum menerima suntikan vaksin dan menyebabkan paru-paru isterinya rosak teruk akibat virus Covid-19.

Melalui Live di InstaStorynya sebentar tadi, Shuib, 37, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh doktor dan jururawat yang merawat Siti Sarah, 36, sejak dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu.

Kredit video : Instagram abdullahkhairi_official

Dia juga mengakui membuat kesilapan apabila mengambil mudah mengenai pengambilan suntikan vaksin malah pada mula agak kurang percaya dengan pandemik itu.

Kata Shuib, jangkitan Covid-19 yang merebak hampir pada semua tubuh penyanyi itu menyebabkan paru-parunya tidak boleh bekerja untuk memproses oksigen.

"Ada seorang jururawat mengingatkan, semoga kematian Siti Sarah memberi kebaikan dan dia meminta saya menyedarkan rakyat Malaysia mengenai vaksin.

"Saya tersentak sebab isteri belum divaksin. Wallahi, pada fikiran saya, isteri boleh kembali sihat dan sembuh, saya cukup yakin.

"Tapi bila berkomunikasi dengan doktor, dia kata paru-paru isteri awak penuh dengan Covid-19, ia tak boleh berfungsi. Di sinilah vaksin sepatutnya memainkan peranan," katanya.

Katanya, Covid-19 "is real" malah dia juga sebelum ini antara insan yang tidak pernah percaya mengenai kewujudan wabak berkenaan.


Shuib juga menyeru orang ramai yang belum mengambil vaksin agar tidak melengahkan andai berpeluang.

"Jika berpeluang untuk ambil vaksin, ambillah. Di saat kematian kita hadapi hari-hari. Kalau Covid-19 nak terjadi, sekelip mata ia boleh berlaku.

"Dulu saya tak berapa nak percaya, tapi bila dah kena batang hidung.

"Saya juga pernah bergaduh dengan isteri sebab tak takut keluar ke sana sini untuk berjumpa kawan atas urusan kerja. Dia ada beritahu risau jika terkena wabak," katanya.

Tambah Shuib, sebanyak mana pun harta seseorang, dengan situasi Covid-19 di negara ini, ia belum tentu dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Justeru, katanya, jagalah kesihatan serta jangan sayangkan duit.

"Saat di dalam ambulan, saya terfikir nak bawa isteri ke hospital swasta, tapi tak berpeluang sebab penuh. Masa tu memang terdetik, duit banyak mana pun tak akan boleh sihatkan isteri saya.

"Jika banyak duit, jagalah kesihatan, amalkan vitamin untuk kuatkan sistem imun kita. Kalau tak ada duit amalkan pemakanan sihat, dan beli oximeter tapi tolong jangan sayang duit.

"Saya orang yang memang tak jaga kesihatan, saya jarang makan vitamin. Dengan sekarang ada pelbagai jenis Covid-19 termasuk Varian Delta, kalau terkena terkena tak boleh berpatah balik," katanya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-8-2021 10:35 PM
Ramai ye yg mengandung tak dapat lagi. Ada yg redha dah sebab dah tak boleh cucuk sebab dah lebih bulan walhal dah refresh, update mysejahtera tu..

Kawan iols ada sorang tak ambik mudah je bila tak dapat tarikh vaksin lagi. Iols pulak yg selalu ingatkan diri pasal vaksin..

Harap dia & deknah terbuka hati utk ambil berat pasal ni..
Quote Buritan 9-8-2021 10:36 PM
Harap soeb tabah.. nak ckp lelebih aku pun baru suntik.satu dos..
Quote aduh2sayang 9-8-2021 10:50 PM

benda dah nak jadi kan... tapi shuib dah vaksin ke belum? dia positif juga sebelum ni kan
Quote ImpianSeroja 9-8-2021 10:55 PM
Banyak nya pengajaran yang dapat dr pemergian Sarah.Semoga lepas ni jangan ambil mudah hal vaksin..bukan lah kata vaksin tu penyembuh tp kita usaha
Quote slyfynx 9-8-2021 10:57 PM
Isu ni dah dibincangkan kt thread Siti Sarah.
Rase mcm xperlu la bukak thread baru untuk info ni.
But...
Admin suke byk2 thread ni.
Ntah la.
Quote SalenaGomez 9-8-2021 10:58 PM
aduh2sayang replied at 9-8-2021 10:50 PM
benda dah nak jadi kan... tapi shuib dah vaksin ke belum? dia positif juga sebelum ni kan

Dia dah ambik kan...maybe sbb tu dia kena x teruk
Quote aduh2sayang 9-8-2021 11:04 PM
SalenaGomez replied at 9-8-2021 10:58 PM
Dia dah ambik kan...maybe sbb tu dia kena x teruk


ooo  dah vaksin ke sebab dia pun kata sebelum ni macam dia tak caya sangat covid2 ni. rupanya dah vaksin eh




Quote vee_zara 9-8-2021 11:04 PM
Kurex: Ramai ye yg mengandung tak dapat lagi. Ada yg redha dah sebab dah tak boleh cucuk sebab dah lebih bulan walhal dah refresh, update mysejahtera tu..Kaw ...

Bgtahu kawan u suruh inform dr dia. Dr akan sedaya upaya tolong untuk dapatkan vaksin secepat mungkin
Quote cikmi 9-8-2021 11:07 PM
kalau x silap shuib kata dia dh ambik first dose
Quote fahima80 9-8-2021 11:19 PM
aduh2sayang replied at 9-8-2021 10:50 PM
benda dah nak jadi kan... tapi shuib dah vaksin ke belum? dia positif juga sebelum ni kan

Shuib dah vaksin 1st dose. Arwah sarah ni mungkin tak sempat vaksin sebab kalau tak silap baru sebulan dua ni je ibu mengandung dibenarkan ambil vaksin. Itu pun antara minggu ke 14-33 mengandung. Kurang dan lebih dari tu tak boleh or tak selamat.
Quote lazim 9-8-2021 11:25 PM
Pening byk nau thread.. komen benang mn pon xigt dh
Quote Kurex 9-8-2021 11:35 PM
vee_zara replied at 9-8-2021 11:04 PM
Bgtahu kawan u suruh inform dr dia. Dr akan sedaya upaya tolong untuk dapatkan vaksin secepat mun ...

Dia mana ada doktor.. dia memang jenis ambik mudah. Bila tanya fia, dia kata dia tunggu je la..  iols kata "bangla pun dah vaksin..". Iols suruh dia walk in jah.. tapi dia kata takpe, dia tunggu je dulu mana tau lepas ni dalat lagi dekat dgn rumah ke.. jadi iols diamkan je. Sebab boleh migraine fikir pasal dia mahayam
Quote Kak.Nah.Bosan 9-8-2021 11:39 PM

kenapa masih ada tak percaya covid ni real..tak faham la akak
Quote Ieqa140388 9-8-2021 11:45 PM
Setahu i suib da vaksin.. 1 rumah die positif die sorang negative
Quote dua_chzy 10-8-2021 12:05 AM
Ieqa140388 replied at 9-8-2021 11:45 PM
Setahu i suib da vaksin.. 1 rumah die positif die sorang negative

Tahun lepas, sebelum vaksin dikeluarkan, ada kes tempat akak, satu rumah positif kecuali seorang nenek umur 90 dalam rumah tu saja yang negatif.

Quote sikatkutu 10-8-2021 12:08 AM

sebelum ni ada gak terbaca kes yg meninggal sebab covid paru2 diselaputi virus c19 sampai berat 2kg..normal berat paru2 manusia katanya dalam 800 gram saja.jadi bayangkan...

Quote Cece1234 10-8-2021 12:17 AM
lazim replied at 9-8-2021 11:25 PM
Pening byk nau thread.. komen benang mn pon xigt dh

Itulah psl..berterabur dah..
Quote cmf_ctrl 10-8-2021 12:17 AM
Kak.Nah.Bosan replied at 9-8-2021 11:39 PM
kenapa masih ada tak percaya covid ni real..tak faham la akak


sebab tak kena diri sendiri atau family sendiri lagi... lepas tu suka baca whatsapp berantai antivaksin yg cakap mati sebab lain tapi claim covid...covid macam selsema boleh sembuh pakai bla bla je.... tapi sumber ntah sape2 tulis


Quote Itzy 10-8-2021 01:03 AM
apa maksud si shuib ni? apa kena mengena dgn vitamin dan covid 19, kalau kau kuat sistem imun pun then kena covid 19 tetap akan Ko. Kau nasib baik sebab dah disuntik vaksim bukan sebab vitamin. Siti sarah tak bernasib baik sebab dia belum dapat vaksin satu pun.

Lihat semua komen(681)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.225293 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top