|
Rakaman memaparkan seekor anak monyet yang didera sehingga mati ternyata mencetuskan kemarahan ramai. Rakaman itu dibongkarkan oleh kumpulan pejuang hak asasi haiwan, yang mana ia diperolehi menerusi grup penjualan haiwan dalam talian.
Menurut badan bukan kerajaan (NGO) Lady Freethinker yang berpangkalan di United Kingdom (UK), mereka menemui video itu ketika membuat siasatan mengenai penderaan haiwan. Difahamkan, anak monyet itu didera dengan beberapa jenis seksaan sebelum dibunuh. Ia termasuklah memotong telinga, memasukkan pin ke dalam lidah dan mata serta menggantung haiwan itu untuk dipukul.
Dalam satu video, kelihatan seekor monyet dibakar dengan api. Kata NGO itu, grup berkenaan disertai individu persendirian atas tujuan membeli anak monyet. -CARI Sumber: mStar Online
|


nakkomenjugak replied at 10-8-2021 01:49 PM
manusia kann
tangan yang kuat rosakkan donya
flora dan fauna dan jugak ummah sepertinya

Skuau replied at 10-8-2021 02:14 PM
itu hutan kasi tebang pokok kayu sumer,tanah kasi rata...itu kita mau buat rumah la,kilang la,ma ...
Artemesiaa replied at 10-8-2021 01:53 PM
Kejamnya perbuatan harap dihukum seberat mungkin








ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.254856 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.