CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Anti Vaksin Boleh Duduk Rumah Forever!"

10-8-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16796| Komen: 71

Pengarah yang juga suami kepada penerbit popular, Sheila Rusly iaitu Jinggo memberi peringatan berbaur sindiran kepada anak seni yang antivaksin agar duduk di rumah selama-lamanya.


Jinggo atau nama lengkapnya, Azman Yahya, 55, menerusi satu hantaran status dalam Instagram memberi peringatan atau amaran tersebut menggunakan loghat Perak.

Foto: Google


“Kepada artis dan rumah produksi yang antivaksin, komer (kalian) boleh stay home forever (duduk di rumah selamanya). Kepada yang sudah divaksin, Let’s go (marilah kita).

“Semua orang punya pendirian dan selalu mahu pendirian mereka dihormati. Jadi, hormatilah pendirian orang lain sebagaimana anda mahu orang lain menghormati pendirian anda,” tulisnya sebagai kapsyen hantaran status yang dimuat naik.




Sehingga kini, sektor industri kreatif negara masih berdepan dilema apabila sebarang penggambaran sama ada drama televisyen dan atau filem termasuk atau rakaman “centre stage” dan persembahan secara langsung melibatkan penonton yang ramai masih tidak dibenarkan.

Jinggo sebenarnya memberi respons berhubungan kemudahan-kemudahan bagi individu yang sudah menerima dos vaksin lengkap termasuk kebenaran menunaikan solat berjemaah di surau dan masjid dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dalam pada itu, kelonggaran atau kemudahan lain termasuklah kebenaran merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa berjumpa anak-anak di bawah usia 18 tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-8-2021 02:11 PM
Diam la kau! & Ni bukan gosip!
Quote cikgojesss 10-8-2021 02:13 PM
bantatt

Quote epal21 10-8-2021 02:26 PM
Iols cadangkan para produser ban je ritrud atau sapa2 yg antivaksin. Membahayakan org lain.
Quote KBW2 10-8-2021 02:31 PM
epal21 replied at 10-8-2021 02:26 PM
Iols cadangkan para produser ban je ritrud atau sapa2 yg antivaksin. Membahayakan org lain.

tahukah kamu mereka yang sudah divaksin juga boleh mendapat jangkitan sars-cov2 dan pada masa yang sama menjangkiti orang lain?
Quote teen_angelJB 10-8-2021 02:31 PM
epal21 replied at 10-8-2021 02:26 PM
Iols cadangkan para produser ban je ritrud atau sapa2 yg antivaksin. Membahayakan org lain.

Ritrud bukan antivaksin..dia cuma Tak nak vaksin...hahaha...bodoh much..statment ritrud sendiri.haha...mohon mereput hidu cengkih smpai rompong hidung
Quote epal21 10-8-2021 02:35 PM
KBW2 replied at 10-8-2021 06:31 AM
tahukah kamu mereka yang sudah divaksin juga boleh mendapat jangkitan sars-cov2 dan pada masa yang ...

Tahu lah, uols. Boleh jadi carrier kepada orang yg TAK divaksin & divaksin. Kalau dah divaksin lengkap dua dos tu gejalanya lebih ringan. Yg belum divaksin tu, sedekah kan je al fatihah in advance. Anyways, iols malas nak layan org antivaksin. Buh bye!
Quote epal21 10-8-2021 02:36 PM
teen_angelJB replied at 10-8-2021 06:31 AM
Ritrud bukan antivaksin..dia cuma Tak nak vaksin...hahaha...bodoh much..statment ritrud sendiri.ha ...

Dia kabel besar dgn hj zil tu kan. Berlakon je dgn produksi org tu.
Quote ellejo 10-8-2021 02:57 PM
saya masih tak faham konsep masih boleh dijangkiti dan menjangkiti dan menghalang simptom lebih teruk.

Quote KBW2 10-8-2021 03:09 PM
epal21 replied at 10-8-2021 02:35 PM
Tahu lah, uols. Boleh jadi carrier kepada orang yg TAK divaksin & divaksin. Kalau dah divaksin len ...

Tibaaaah lari laju-laju sambil label orang antivaksin. Kahkahkah
Dah kalau vaccinated pun boleh jangkiti orang lain, maknanya yang tak vaksin dan dah vaksin pun adalah risiko kesihatan kepada orang lain.

Kalau camtuh, semua kena stay home poreber, gituh?


Quote Cik_jantung 10-8-2021 03:16 PM
Edited by Cik_jantung at 23-1-2022 10:26 PM

............
Quote imanjannah 10-8-2021 03:18 PM
antivaks yg menakut nakutkan org lain mmg la tersangat teruk, iols awal2 dulu takut sgt nak vaksin, daftar bulan 2, bulan 5 iols dapat dose pertama, seminggu x nenyak tido sebb takut, syukur alhamdulillah complete dua dose bulan 6 hari tu, syukur juga x ada effect yg negatif, klu ko xnk vaksin, dok diam2 je la, jgn menakut2kan org lain
Quote rosannazmia 10-8-2021 03:20 PM
ellejo replied at 10-8-2021 02:57 PM
saya masih tak faham konsep masih boleh dijangkiti dan menjangkiti dan menghalang simptom lebih teru ...

Delta variant kan kuat, stkt ni xde lagi vaksin yg blh berupaya 100 percent blh menghalang covid19. Ni kan plak dia dah mutate jd delta variant now lambda n ura2 delta plus   baru2 ni bc tweet dr doc di Iceland kat sana depa wat study kat rakyat yg dah hampir 80 to 90 (sorry i x ingat exact figures)plus percent vaccinated , doc tu tweet kesimpulan dr study tu yg dah vaccine pon blh dpt covid19 , good news nya smua mild symptoms mcm flu biasa sj depa dpt. lps tu iols bc lah replies dr followers , adeee je antivacc dtg situ maka berjela2 lah lwan nye , ade juga petanyaan mcm chuols tu , esp yg psl transmission.. iols jd x fhm hujah meke ada yg kata dah vaccinated pon blh jangkit kan org , ada yg kata depa x leh jangkit kan org dah sbb depa di vaksin. Iols x reti baca bahasa icelandic so x pasti apa kesudahannya
Quote Lagubestbest 10-8-2021 03:21 PM
ellejo replied at 10-8-2021 02:57 PM
saya masih tak faham konsep masih boleh dijangkiti dan menjangkiti dan menghalang simptom lebih teru ...


(1) dia macam body kete, kotoran lekat.. nanti kita basuh dia hilang.

(2) tapi kalau tahi burung yang lekat.. kita biar.. basuh2 pun yang atas je hilang tompok cat rosak dah tak shiny kekal selamanya dah.

(3) tapi kalau kita coating, letak film bagai atas body kete, insyallah tahi burung tu boleh je hilang tanpa rosakkan cat.

PS: selama kotoran/ tahi burung tu ada atas body kete, kalau kita pergi sandar akan melekat kat baju kita kan?
Quote mrsamz 10-8-2021 03:21 PM
KBW2 replied at 10-8-2021 02:31 PM
tahukah kamu mereka yang sudah divaksin juga boleh mendapat jangkitan sars-cov2 dan pada masa yang ...

Ye betul tu..tapi kalau betul2 jaga sop insya allah tak berlaku penyebaran kat org lain..
Ada staf tempat keje aku..dia dah siap 2 dos vaksin bulan 5 haritu..baru2 ni dia positif covid ada gejala ringan demam batuk selsema..bila buat saringan kontak rapat alhamdulillah semua org negatif..suami n anak dia negatif..masa dia mula2 rasa tak sedap badan tu terus tak dtg keje dan cepat2 buat swab...
Mujur kat tempat keje pun sop ketat..tak share ruang makan yg sama..solat asing2..sesama staf mmg berjarak...
Alhamdulillah dia dah pun pulih..takde melarat jadi stage yg teruk tu..
Penting sgt jaga sop walaupun dah siap vac 2 dos ni..
Quote MadameOnion 10-8-2021 03:25 PM
epal21: Dia kabel besar dgn hj zil tu kan. Berlakon je dgn produksi org tu.

Kabel besaq mana pun esok2 kalau jadi punca satu production kena keluaq duit utk swab n kuarantin tu kita tgk la besaq mana punya kabel
Quote limesherbet 10-8-2021 03:29 PM
epal21 replied at 10-8-2021 02:35 PM
Tahu lah, uols. Boleh jadi carrier kepada orang yg TAK divaksin & divaksin. Kalau dah divaksin len ...

tak ringan pun gejala...ramai yg dah mati. bukan mati sebab covid. mati sebab vaksin covid
Quote mrsamz 10-8-2021 03:30 PM
ellejo replied at 10-8-2021 02:57 PM
saya masih tak faham konsep masih boleh dijangkiti dan menjangkiti dan menghalang simptom lebih teru ...

Vaksin tu dia ajar antibodi dalam badan kita utk bersedia bila dijangkiti covid..analogi mcm askar siap sedia nak perang...kita kasi latihan siap2..kalau covid dtg, askar2 aka antibodi ni dah ada persiapan nak berperang dgn virus covid yg jahat tu..kalau ada jugak demam batuk walau dah vaksin maknanya antibodi aka askar dlm badan kita tu mmg fight gila2 nak lawan covid tu sampai dia bagi certain area dlm badan kita sedikit after effect which is demam dan batuk selsema tu laa..umpama mcm lepas perang ada bangunan yg rosak..jalan yg runtuh..mcm tu la analogi dia
Quote edayildiz 10-8-2021 03:33 PM
mmg ritrud tu anti vaks la ye?
sbb selalu tgk asal topik vaksin msti nama dia naik
tp ramai yg x vaksin lg bkn anti vaksin pun ada..dorg nk tunggu dlu sbb vaksin ni kan masih baru gitu..mcmtu la..
i ok jer kalau yg jenis anti vaksin tp xde mempengaruhi org lain..
jgn jd mcm blasoff tu..scary yach..dh la lusa nk p dose kedua..tamo fikir bebukan
Quote KBW2 10-8-2021 03:37 PM
mrsamz replied at 10-8-2021 03:21 PM
Ye betul tu..tapi kalau betul2 jaga sop insya allah tak berlaku penyebaran kat org lain..
Ada sta ...

So maknanya, staff tu tak jaga SOPlah ya?

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.036929 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top