CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Akak Tak Baik,"- Noorkhiriah Ajak Tutup Aurat, Mengaji Al-Quran, Bersedekah

10-8-2021 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2978| Komen: 10

 Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang pulang ke rahmatullah awal pagi semalam benar-benar meninggalkan kesan buat ramai orang termasuk rakan selebriti.

Pelakon Noorkhiriah misalnya mengakui cukup terkesan dengan pemergian Siti Sarah sekali gus membuka matanya untuk lebih memperbanyakkan amalan baik selepas ini.


Foto: IG

“Saya bukan seorang yang baik. Tapi saya nak jadi baik dan ajak semua ke arah yang lebih baik. Mari kita menutup aurat dengan sempurna, berusaha solat lima waktu.

“Mengaji al-Quran dan buat segala suruhan Allah. Tak apa, jangan drastik. Perlahan-lahan, janji istiqamah,” ujarnya.

Biarpun sudah lama berhijrah, namun pelakon drama Ayahanda itu mengakui dia juga adakalanya ‘tergelincir’ dalam melakukan ibadah dan kebaikan, namun tetap berusaha memperbaikinya.




Malah kematian Siti Sarah telah membuka matanya betapa hebat ganjaran bersedekah.

“Kepergian Allahyarham betul-betul buka mata saya. Marilah kita bersedekah. Tak payah banyak. RM1 pun jadilah andai itu kemampuan kita.

“Allah tidak memandang nilai. Kita sama-sama usaha ya. Saya sayang kalian. Kalian pun sayang saya okey. Kita adalah bersaudara,” katanya lagi.

Semalam, satu negara berduka atas perginya seorang bintang berbakat besar Siti Sarah yang meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid-19.

Pemergian ibu kepada empat cahaya mata termasuk bayi keempat, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang secara pembedahan Jumaat lalu itu menyentuh emosi kerana kebaikan yang pernah dilakukan arwah sepanjang hayatnya seperti bersedekah dan taat kepada suami menjadi bualan ramai.

Siti Sarah, 37, meninggalkan suami, Shuib, 37, dan tiga lagi anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 serta Ariq Matin, 6. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eely_shana 10-8-2021 03:52 PM
Baguslah mengajak ke arah kebaikan
Quote slyfynx 10-8-2021 04:20 PM
Khiriah ni antara yang byk mengajak ke arah kebaikan, and aku x rase meluat kalau baca.
Ade sesetengah menggunakan cara holier than thou, yang akan menyebabkan org jd x suke.
Ntah la. Pada aku, aku suke cara die. And actually kagum dengan perubahan die.
Tibe2 je.
Quote kelapaparut 10-8-2021 04:21 PM
lg berita artis mnunggang pemergian arwah
Quote biozipstar 10-8-2021 10:03 PM
insha Allah pahalanya banyak ajak orang berbuat baik... moga ikhlas
Quote nordin84 10-8-2021 10:19 PM
slyfynx replied at 10-8-2021 04:20 PM
Khiriah ni antara yang byk mengajak ke arah kebaikan, and aku x rase meluat kalau baca.
Ade seseten ...

ye betul.. then iols xrse dia menunggang.. sbb dr dl dia da ajak ke jln yg beneeeeerrrr
Quote TomyamPuteh 10-8-2021 10:46 PM
kelapaparut replied at 10-8-2021 04:21 PM
lg berita artis mnunggang pemergian arwah

Sebelum ni pon khiriah selalu ajak buat kebaikan kot.
Quote manjalara_01 10-8-2021 10:48 PM
Ade siape2 bleh tlg bukak thread A to Z cara2 bertaubat class 101?

Malu nk bukak kat board agama. Dah google tp xde info lengkap i confius.
Quote bukannasigoreng 11-8-2021 10:23 AM
Bila orang ajak ikhlas, langsung tak nampak poyo, dan slow slow rasa nak bertaubat follow kak nur.
Quote qwen_luna 12-8-2021 12:23 PM
Cara dia ajak pon mcm lembut jee tak memaksa. Mcm ni laa bagus
Quote ninjago 12-8-2021 03:25 PM
iols ada soft spot kat norkhiriah nie. dia nampak tulus and tak buat2, tak fake.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.138531 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top