Satu sepanduk di Jawa Tengah menjadi tular di laman sosial apabila tulisannya yang mengajak penduduk melawan Covid-19 dengan ‘janda’, lapor Suara.com.
Sepanduk lawan Covid-19 itu dimuat naik oleh pemilik akaun @andreli48 di laman Instagram, hujung minggu lalu. Namun begitu, janda yang dimaksudkan tulisan di sepanduk itu bukanlah wanita yang bercerai atau ketiadaan suami namun singkatan kepada beberapa langkah kawalan penularan wabak maut itu. “Jangan keliru antara janda yang merujuk kepada wanita tanpa suami dengan J – Jangan Berkerumun, A- Aktif cuci tangan , N- Nikmati masa bersama keluarga di rumah, D-Dipakai pelitup muka sentiasa dan A- Aktif bersenam. “Ayuh, lawan wabak Covid-19 ini bersama amalan-amalan JANDA,” tulis keterangan gambar.
Kemas kini itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi amaran ia boleh menimbulkan kemarahan kaum wanita. “Jaga-jaga, nanti ada golongan janda sebenar yang tidak akan suka dengan penggunaan akronim ini,” tulis seorang pengguna media sosial. “Bagus juga iklannya, membuka mata orang ramai,” komen seorang lagi. –CARI Sumber: Kosmo
|
CiliPadiSedap: 7Ak25ME6Yng lawan covid dengan janda
ADVERTISEMENT