CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Pelancong Di Air Terjun, Dapat Curi RM38 Je

11-8-2021 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1623| Komen: 2

Bangkok: Bunuh pelancong dan curi 6.50 pound sterling (RM38).

Itu yang dilakukan seorang pemuda Thailand kepada pelancong wanita Switzerland ketika mangsa mengunjungi air terjun popular di Phuket.


Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai mencekik serta membunuh pelancong berusia 57 tahun berkenaan.

Foto: Harian Metro

Mangsa dikenal pasti sebagai Nicole Sauvain-Weisskopf ditemukan mati, Khamis lalu, berhampiran air terjun terpencil, tetapi popular di selatan Phuket.

Seluar pendek, telefon pintar, dan pasport wanita itu dijumpai berhampiran mangsa yang dipercayai sudah tiga hari meninggal dunia.


Menurut media Switzerland, lelaki itu mengumpulkan tanaman eksotik ketika dia melihat Nicole berenang di air terjun dan berusaha mencuri barang-barangnya.

Ia menyebabkan suspek dan wanita itu bertengkar yang membawa kepada kematian mangsa, kata polis.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan wang tunai dari beg galas mangsa, selepas menutup mayat dengan kain tarpaulin berwarna hitam.

Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku melakukan jenayah berkenaan, lapor News.com.au.

"Punca kematian masih belum dapat dipastikan dan bedah siasat masih belum selesai," kata jurucakap polis Krisana Pattanacharoen.

Ketika ditangkap, lelaki itu meminta maaf kepada keluarga pelancong berkenaan dan memohon rakyat Thailand memaafkannya.

Wanita itu berada di Thailand ketika Phuket Sandbox iaitu inisiatif diperkenalkan bagi membolehkan pelancong asing yang divaksinasi mengunjungi pulau peranginan itu.

Dengan pelancongan menjadi industri yang sangat penting bagi Thailand, skim itu diharapkan dapat meningkatkan jumlah pelancong di Phuket yang merudum sejak pandemik Covid-19.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 11-8-2021 02:06 PM

buat busuk nama negara jahh
hasil pun cukup2 nyawa ikan
Quote edayildiz 11-8-2021 02:09 PM
bkn da ada ke thread ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035106 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top