Aktor Dwayne Johnson baru-baru ini mecuit di Twitter mengenai tabiat mandi. Berbeza dengan pengakuan beberapa selebriti sebelum yang mendakwa 'malas mandi', bintang berusia 49 tahun itu mengakui dirinya tergolong dalam golongan yang suka mandi.
"Tidak, saya berbeza dengan golongan selebriti yang tak membersihkan diri mereka (mandi)," ciapnya. Dwayne juga mendakwa dia mandi tiga kali sehari. Lebih dari itu dia juga mandi dengan suhu air berbeza-beza. "Saya mandi air sejuk sewaktu bangun pagi untuk memulai hari. Kemudian mandi air suam selepas bersenam sebelum keluar bekerja. "Dan saya akan mandi air panas sekembali dari kerja," katanya dipetik dari People. Selain mandi tiga kali sehari, dia juga melakukan rutin cuci muka, membersihkan kulit mati termasuk menikmati nyanyian sendiri yang sumbang ketika berada di dalam bilik air.
Sebelum ini, Ashtok Kutcher dan isteri, Mila Kunis mendedahkan mereka dan anak-anak akan mandi bila perlu (kotor) saja. Begitu juga dengan Jake Gyllenhall yang mengakui mandi tidak penting untuk membantu penjagaan kulit secara semula jadi. Sumber: Gempak
|
acikbrown replied at 11-8-2021 01:23 PM
Kat sana bil air mahal sangat kot itu yg mandi bila perlu saja.
Gitewww acik husnuzon
ADVERTISEMENT