Hampir 9,000 penduduk di Schortensm, utara Jerman mungkin menerima cecair garam dan bukannya vaksin Covid-19, menurut kaunti Friesland pada Selasa. Pada akhir April, ada laporan bahawa seorang petugas di pusat vaksin mengisi sekurang-kurangnya enam picagari dengan cecair garam, lapor Xinhua.
Siasatan lanjut oleh polis menunjukkan 'ia bukan kes terpencil', kata pentadbir daerah Friesland Sven Ambrosy. Pihaknya akan melihat kemungkinan lebih ramai yang terkesan dengan kejadian itu. Menurut polis, suspek yang sudah dipecat daripada tugasnya, berkongsi teori konspirasi di media sosial dan secara terbuka mengkritik langkah diambil kerajaan untuk mengatasi penularan Covid-19. "Dalam hal ini, adalah penting untuk semua yang terkesan diberikan dengan vaksin dalam tempoh secepat mungkin," kata presiden Pejabat Kesihatan Lower Saxony State. Matthias Pulz.
Menurutnya, ia adalah cara untuk memastikan individu berkenaan mendapat perlindungan daripada vaksinasi yang lengkap. Setakat Selasa, lebih daripada 45.8 juta penduduk Jerman sudah menerima dos lengkap vaksin, menjadikannya jumlah keseluruhan kepada 55.1 peratus. Sumber: Harian Metro
|
Kurex replied at 11-8-2021 03:02 PM
Kalau kau taknak vaksin, kau jgn bahayakan org lain yg nak vaksin. Kau, sohai gayboy, mimi lana hidu ...
Milkypower123 replied at 11-8-2021 03:07 PM
aik mimi lana elok je dah 2 dos. siap jadi volunteer lagi
Kurex replied at 11-8-2021 03:02 PM
Kalau kau taknak vaksin, kau jgn bahayakan org lain yg nak vaksin. Kau, sohai gayboy, mimi lana hidu ...
kipas.berhabuk replied at 11-8-2021 03:18 PM
Tulah. I pun perasan mimi lana gi vaksin pakai kebaya haritu. Mungkin lana yg lagi satu tu kot kik ...
Milkypower123 replied at 11-8-2021 03:07 PM
aik mimi lana elok je dah 2 dos. siap jadi volunteer lagi
damsel_fiji replied at 11-8-2021 03:51 PM
tersedak mimi lana sis..kikiki
ADVERTISEMENT