CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hinanya Perangai Bapa Joli Duit Wasiat Anak

11-8-2021 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2485| Komen: 7

Seorang bapa tergamak berjoli dengan harta peninggalan yang diwariskan kepada anak lelakinya berjumlah 38,000 pound (RM222,000) dengan menggunakannya untuk membeli alkohol, dadah dan bercuti.

Lapor Mirror, harta peninggalan itu disediakan oleh nenek kepada remaja itu dengan menyediakan simpanan untuk cucunya supaya dapat digunakan selepas mencecah 18 tahun untuk membiaya pendidikan semasa di universiti kelak.

Mahkamah Swansea Crown memberitahu, selepas wanita itu meninggal dunia pada 2015, lelaki itu menjadi pemegang amanah bagi akaun simpanan tersebut dan menghabiskannya mengikut nafsu.


Kredit foto: Mirror

Pihak pendakwa memaklumkan terdapat 38,167 pound (RM223,607) dalam akaun tersebut.

Anaknya yang sudah berusia 18 tahun menulis surat kepada ayahnya untuk menuntut wang itu, tetapi Caulfield menjawab tiada baki yang tinggal kerana semua wang itu digunakan untuk membeli dadah dan alkohol.


Daniel Caulfield yang menjalankan perniagaan membersihkan permaidani kelihatan menangis di kandang tertuduh selepas dijatuhkan hukuman penjara.

Hakim mengecam tindakan jahat itu sebagai perbuatan yang sangat ‘hina’.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 11-8-2021 02:31 PM
hmmmmmm
kesian anak nyaaa
hak nya dijoli dek apak untuk benda2 laghaaa
Quote AyaqMeloSuam 11-8-2021 04:15 PM
Bapak masuk pnjara.. duit hangus.. sian bdk tu nk smbng blajaq ke apa pn x boleh..
Quote edayildiz 11-8-2021 04:20 PM
kesian nenek..sia sia jah menabung
Quote jazaa100 11-8-2021 04:26 PM
Klu taik dadah, pemabuk ni memang tak de perasaan.....suka hati dorang je nk buat apa
Quote Fortiori02 11-8-2021 05:08 PM
Pasal dadah, duit ada juta2 pun leh habes
Quote Artemesiaa 11-8-2021 05:11 PM
Silap pilih orang untuk pegang amanah
Quote imanjannah 11-8-2021 05:53 PM
ye.. mmg la tersangat hina

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.094388 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top