Wakil rakyat DAP, Young Syefura Othman kesal gambarnya digunakan dalam satu promosi ubat kuat. Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari yang dikenali Rara itu mendakwa gambarnya digunakan tanpa kebenaran.
“Gambar saya ini telah digunakan tanpa kebenaran saya. Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun ini. “Saya juga memohon kepada semua untuk melaporkan akaun dan post ini,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini. Dalam kenyataan itu, Rara turut memuatnaik hantaran yang didakwa menyalahgunakan gambarnya. Menurut Rara, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar saya tanpa kebenarannya. Sumber: MalaysiaGazette
|
gigahertz replied at 11-8-2021 08:39 PM
eh kejap. macam mana rara tu tahu tu gambar dia ?
kan gambar tu pakai mask.? melainkan kalau ada na ...
edayildiz replied at 11-8-2021 04:02 PM
dh mmg gmbo dia..msti la dia tau..ke i xfhm soalan chuols
ADVERTISEMENT