Pelakon dan penyanyi Naim Daniel, 23, tidak bersetuju dengan tindakan segelintir ejen insurans menggunakan kematian terutama pemergian Allahyarham Siti Sarah kelmarin sebagai modal untuk pemasaran insurans.
Pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu berkata, ejen insuran sepatutnya lebih sensitif serta perlu ada sifat empati dengan kesedihan yang menimpa terutama ahli keluarga mangsa. Menurutnya, dia tidak menentang jika mereka memang berniat memberi kesedaran mengenai kepentingan insurans. Bagaimanapun, ia tidak patut dilakukan secara semberono demi mengaut keuntungan. "Anda (ejen insurans) pernah dengar apa itu 'timing sensitivity'? Untuk tidak semberono dan terus ambil sesuatu itu dan menjalankan apa saja yang anda rasa betul. "Apatah lagi jika tidak mendapat keizinan daripada pihak mangsa. Anda tidak mahu kematian ahli keluarga anda dieksploitasi oleh mana-mana pihak walaupun atas dasar perniagaan bukan?
"Pendek kata, banyak lagi cara. Saya percaya banyak lagi di luar sana yang berpendapat menjaga sensitiviti itu penting. Tanpa berselindung di sebalik justifikasi untuk melakukan sesuatu yang mungkin 'boleh' di mata anda," katanya. Penyanyi lagu Sumpah itu juga menjelaskan, dia tahu betapa pentingnya insurans, malah keluarganya sendiri pernah berada dalam bidang itu. Namun, dia tetap tidak setuju jika kematian orang diperalatkan untuk menaikkan jualan insurans. "Abang, ibu bapa saya pernah berada dalam bidang insurans selama hampir 20 tahun. Moto yang kedua orang tua saya gunakan dalam modus operandi mereka adalah, kita nak tolong nyawa orang, jangan peralat nyawa orang. Kita nak bantu manusia, jangan sampai hilang manusia. "Ia tugas kebersamaan kita untuk tidak hanya 'menjual' semata-mata kepada mereka yang memerlukan khidmat kita. Untuk membuat pelanggan merasa senang dan selamat juga adalah keutamaan kita. "Saya hargai anda yang percaya bahawa sensitiviti itu perlu dijaga. Sudah cukup untuk saya percaya masih ada ejen insurans yang punya hati, punya empati, bukan hanya berkiblatkan keuntungan saja," katanya. Terdahulu, Naim berkongsi ciapan mengenai kekecewaannya terhadap segelintir ejen insurans yang menggunakan kematian Allahyarham Siti Sarah modal bercerita mengenai hibah. Sumber: Harian Metro
|
Kurex replied at 11-8-2021 07:58 PM
Wahai reporter cari yg semuanya jenis asal boleh, korang ni tau ke tak term gosip tu? Benda2 ni buka ...
LembingDayanti: muka dia ni nampak busux forever. semua isu dia nak enterframe. azizul menang dia nyanyi2 depan tv mcm org tak betul puiii
imransulaiman: Dulu ada ejen insurans laki bini approach pujuk aku beli. Couple Muslim....pakej pun konon Islamic (huh?) Tapi yang buat aku tak jadi ambil adalah seb ...
ADVERTISEMENT