Hanya kerana sifat ‘pelupa’, seorang pengguna TikTok terkurung dalam keretanya sendiri selama satu jam 30 minit. Kejadian itu berlaku di sebuah bengkel ketika lelaki berkenaan, Mark Perpose mahu menukar tayar kereta miliknya, lapor Mirror.
Ketika kejadian, Perpose terperangkap dalam kereta sendiri sambil mekanik bertugas langsung tidak menyedarinya. “Saya terlupa untuk keluar daripada kereta ketika berada di bengkel untuk menukar tayar. Apa boleh buat?” katanya dalam kapsyen video TikTok berkenaan. Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Perpose akui yang dia perlu keluar daripada keretanya sebelum diangkat mesin hidraulik untuk kerja menukar tayar dibuat. “Saya patut tukar tayar pada hari berkenaan kerana saya sudah pun kenal mekanik itu. Dia beritahu saya supaya ke kedainya dan sejurus sampai, mekanik berkenaan terus ke kerata saya dan bawa ke tempat penukaran tayar.
“Mekanik berkenaan sudah pun beritahu saya yang saya tidak dibenarkan berada dalam kereta ketika mereka menukar tayar. Tetapi disebabkan saya kurang beri perhatian, saya terlupa apa yang diberitahu. “Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Kalau terjun, ia akan mematahkan kaki saya. Jadi saya kekal di tempat duduk kerana ketika itu situasinya agak memalukan.” Video yang dimuat naik Perpose berjaya menarik ribuan tanda suka dan komen. “Ia agak kelakar dan begitu menjanggalkan. “Saya tidak akan tunjuk muka saya di sana lagi,” antara komen pengguna lain di video yang dimuat naik Perpose. Sumber: mStar
|
awekjepun: Masa mekanik nak drive, dia kat sebelah ke? Pelik.. biasanya, terus keluar. Mekanik yg drive. So ni contents punya pasal la kan.. sggup nmpk bodo
ADVERTISEMENT